Announcement

Les’ Copaque 10 Years Team 2 (Batch 2011)

By 2nd December 2021 No Comments

Hai, semua……kumpulan kami terdiri daripada Musliadie, Farhana Nazlin, Jeihan, Izzat, Nik Ab Zarif, Hazman, Hibri & Firdaus.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Uncle & Aunty, Haji Burhanuddin & Hajah Ainon kerana memberi penghargaan & peluang kepada kami untuk berkongsi kisah selama 10 tahun kami berkhidmat.

Ulam sayur ulam raja,
Diminum bersama air nira,
10 tahun kami bekerja,
Sampul diberi hati gembira.

Bahang di kulit bawah mentari,
Seperti disalai berhari-hari,
Tenggelam timbul kesana kesini,
Mari dengar kisah kami.

Sepanjang 10 tahun berkhidmat, kami telah menimba banyak pengalaman dan kenangan manis di Les’ Copaque. Semasa Karnival Upin & Ipin dianjurkan, semua staf bertungkus-lumus & bekerjasama dari sebelum dan juga semasa Karnival berlangsung. Kami sangat berbesar hati apabila dapat melihat sendiri ribuan peminat mengunjunginya. Selain itu, acara seperti Company Dinner & Company Trip sangat menyeronokkan. Di situlah, kami dapat mengenali dan bersama dengan semua staff di bawah payung Les’ Copaque seperti LCM, LCAA dan lain-lain.

Dari Kedah ke Pekan Sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Demikian sudah kisah dan ucapan yang kami kongsikan.

Diharap semua yang membaca terhibur & dapat memberikan sokongan dengan menekan butang “like” di video You Tube kami :

Setiap like membawa erti.. like like like!

Recent Posts / View All Posts

Upin & Ipin Family Fun Run 2023

| Announcement, Event | No Comments

Acara larian keluarga bertemakan watak animasi popular Malaysia iaitu Upin & Ipin kembali lagi pada tahun ini.  Upin & Ipin…

51,921 total views, 0 views today

Permainan Papan “Upin & Ipin Ke Sana Ke Sini”

| Announcement, Upin & Ipin Store | No Comments

Tidak syak lagi seluruh Asia mengenali Les’ Copaque Production dengan animasi popular mereka, siri Upin & Ipin yang menerima pelbagai anugerah dan…

83,205 total views, 0 views today

Upin & Ipin di Prime Video

| Announcement | No Comments

Platfrom penstriman video iaitu Prime Video yang dimiliki oleh Amazon telahpun melancarkan perkhidmatannya di Malaysia pada 18 Mei 2023 yang…

83,622 total views, 0 views today

Sambutan Tahun Baru Cina Les’ Copaque 2023

| Announcement | No Comments

Gong Xi Fat Choi! Selamat Tahun Baru Cina. Les’ Copaque Production sekali tidak ketinggalan bersama-sama semua warga kerjawarga Les’ Copaque tidak kira…

33,082 total views, 0 views today

5,192,064 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan