AnnouncementUpin & Ipin Store

Permainan Papan “Upin & Ipin Ke Sana Ke Sini”

By 22nd May 2023 No Comments

Tidak syak lagi seluruh Asia mengenali Les’ Copaque Production dengan animasi popular mereka, siri Upin & Ipin yang menerima pelbagai anugerah dan penghargaan selama 16 tahun mereka berada dalam industri animasi. Saluran YouTube Les’ Copaque juga merupakan saluran pertama di Malaysia yang mencapai 10 juta pengikut dan menerima anugerah “Diamond Play Button”. Seiring dengan kejayaan demi kejayaan mereka, Les’ Copaque berjaya mengeluarkan set permainan papan “Upin & Ipin Ke Sana Ke Sini” yang membawa pemain mengembara bersama Upin & Ipin dan kawan-kawan mereka di Kampung Durian Runtuh.

Para pemain berpeluang berlawan sesama sendiri atau berkerjasama mengalahkan pihak lawan. Sudah pasti, pemain juga berpeluang merasai pertembungan satu lawan satu. Permainan papan ini membawa pemain menjelajahi dunia Upin & Ipin yang serupa seperti siri animasi, sekaligus menjadikannya permainan papan yang lain dari permainan biasa. Peminat siri animasi Upin & Ipin mahupun permainan papan pasti dapat merasai pengalaman hidup di kampung yang sama seperti waktu dahulu.

Permainan papan ini mengandungi 10 senario berbeza dengan pelbagai pengembaraan buat para pemain. Walaupun permainan papan ini mempunyai mekanisme permainan asas mengikut buku peraturan, setiap senario mempunyai cara bermain yang unik dan tidak dapat dijangka. Senario-senario ini mencabar pemain dengan pelbagai rintangan unik dan mampu membantu pemain mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran strategi.

Permainan papan “Upin & Ipin Ke Sana Ke Sini” sesuai bagi umur 10 tahun ke atas. Jangkaan bagi menghabiskan satu-satu senario ialah antara 40 hingga 90 minit, bergantung kepada kehebatan para pemain menyusun strategi.

Terdapat 10 senario berbeza dalam permainan papan “Upin & Ipin Ke Sana Ke Sini”, iaitu:
1.  Kejar Rembo
2. Bila Hujan Turun
3. Sedia… Mula!
4. Mimpi Ngeri
5. Sorok-sorok
6. Polis Sentri
7. Kerja Sekolah
8. Siapa Cepat, Dia Dapat!
9. Kenduri Ayam Goreng
10. Nenek Kebayan?

Pemain berpeluang merasai pengalaman bermain hingga ke seluruh pelosok peta Kampung Durian Runtuh yang menampilkan karya seni halus dan indah. Selain itu, para pemain juga berkesempatan melawati tempat terkenal seperti Rumah Opah, Rumah Tok Dalang, Taman Permainan, Gerai Uncle Muthu dan juga rumah kawan-kawan Upin & Ipin.
Permainan papan ini merupakan kerjasama antara pihak Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dengan F&D Mindspot, salah sebuah syarikat yang sudah lama bertapak dalam dunia penghasilan permainan papan dan permainan kad yang menjadi hiburan rakyat tempatan. Permainan papan “Upin & Ipin Ke Sana Ke Sini” bakal dilancarkan dan dijual kepada orang ramai pada bulan Mei 2023 dengan harga jualan serendah RM229.90. Para peminat dan pengumpul permainan papan boleh dapatkan “Upin & Ipin Ke Sana Ke Sini” secara atas talian di https://www.upinipinstore.com/ atau terus ke butik barangan rasmi, Upin & Ipin Store di Shah Alam.

78,582 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan