Announcement

Les’ Copaque 10 Years Team 1 (Batch 2011)

By 2nd December 2021 No Comments

2011 merupakan tahun bersejarah bagi kami kerana itulah detik kami mula berkhidmat di Les’ Copaque. Banyak pengalaman menarik yang telah kami alami antaranya seperti Karnival Upin & Ipin. Peluang untuk turut serta disebalik tabir merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana di situlah kami banyak belajar untuk merancang, mengurus, mengawal dan melihat hasil kerja keras seluruh pasukan untuk menjayakan acara tersebut.Kami sangat berbangga dapat terlibat dengan pembikinan siri Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, Upin & Ipin Helping Heroes, Upin & Ipin Iqra, Dadudido dan lain-lain. Terutamanya dalam Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Hasrat dan impian untuk melihat nama dibahagian akhir ‘credit’ di panggung wayang akan selamanya terpahat di memori & antara detik terindah bagi kami.

Selain itu, ‘Company Trip’ adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh kami. Kami dibawa bercuti ke serata tempat seperti di Teluk Batik, Langkawi dan lain-lain untuk merapatkan hubungan diantara rakan kerja yang lain. Peluang menaiki kapal terbang & kapal layar mewah beramai-ramai membuatkan kami cukup teruja.

Kami sangat bersyukur kerana mempunyai majikan yang sangat mengambil berat kebajikan staf. Setiap tahun akan ada kejutan yang diterima seperti bonus dan kenaikan gaji. Di musim pandemik Covid-19, tatkala banyak syarikat-syarikat lain terjejas, tetapi tidak di LCP. Kami dibayar gaji penuh seperti biasa. Kami sangat menghargai kerja keras pihak pengurusan dalam memastikan aspek kebajikan staf terus terbela.

Akhir kata, kami dari kumpulan 01 Batch 2011 yang sudah lebih 10 tahun membesar bersama Les’ Copaque bersyukur & merasa bangga untuk meneruskan pengembaraan kami di sini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Burhanuddin (Uncle), Puan Hajjah Ainon (Aunty) & Cik Naquyah (Quyah comel) yang memberi kepercayaan kepada kami selama ini & tidak lupa juga semua yang telah mendukung kami. Ayuh kita semua terus bekerja keras dan maju ke depan bersama-sama. Les’ Copaque Luar Biasa.

Recent Posts / View All Posts

Upin & Ipin Family Fun Run 2023

| Announcement, Event | No Comments

Acara larian keluarga bertemakan watak animasi popular Malaysia iaitu Upin & Ipin kembali lagi pada tahun ini.  Upin & Ipin…

51,648 total views, 0 views today

Permainan Papan “Upin & Ipin Ke Sana Ke Sini”

| Announcement, Upin & Ipin Store | No Comments

Tidak syak lagi seluruh Asia mengenali Les’ Copaque Production dengan animasi popular mereka, siri Upin & Ipin yang menerima pelbagai anugerah dan…

82,933 total views, 0 views today

Upin & Ipin di Prime Video

| Announcement | No Comments

Platfrom penstriman video iaitu Prime Video yang dimiliki oleh Amazon telahpun melancarkan perkhidmatannya di Malaysia pada 18 Mei 2023 yang…

83,337 total views, 0 views today

Sambutan Tahun Baru Cina Les’ Copaque 2023

| Announcement | No Comments

Gong Xi Fat Choi! Selamat Tahun Baru Cina. Les’ Copaque Production sekali tidak ketinggalan bersama-sama semua warga kerjawarga Les’ Copaque tidak kira…

33,071 total views, 0 views today

6,078,813 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan