Film

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal cecah kutipan RM3 Juta di Astro First

By 27th January 2021 No Comments

Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal yang telah mula ditayangkan di Astro First sejak 3 Disember 2020 kini telah mencecah kutipan sebanyak RM3 Juta dengan lebih 200,000 pembelian diplatform tersebut. Filem ini sekali gus telah diiktirafkan sebagai filem animasi nombor 1 di Astro First yang mendapat kutipan tertinggi. Kejayaan ini juga diraih dalam masa lebih sebulan tayangannya di Astro First. Sehingga hari ini, Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal masih ditayangkan di Astro First dan On Demand di atas permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi ketika musim PKP ini.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi juga melalui laman Facebooknya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang menyokong dan menonton filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal bersama keluarga ketika PKP ini. 

Selain itu peminat setia Upin & Ipin juga turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini. Kebanyakkan dari peminat setia ini telah menonton filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal lebih dari sekali di Astro First dan amat mengemari filem ini. Diharapkan semua peminat akan terus menyokong dan menonton di Astro First.

Ini adalah cara melanggan Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal di Astro First

151,068 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan