Event

Syiling Emas Upin & Ipin x HABIB

By 29th August 2020 No Comments

Les’ Copaque Production telah bekerjasama dengan syarikat barang kemas tempatan iaitu terkemuka iaitu Habib Jewels. Kerjasama ini adalah bagi menerbitkan koleksi emas edisi istimewa Upin & Ipin sejajar bagi mengalakkan minat perlaburan emas dari usia muda. Produk yang dilancarkan adalah Syiling Emas 24K Upin & Ipin yang dilihat begitu cantik dan comel. Syiling emas Upin & Ipin ini adalah seberat 0.2gram dan dijual dengan harga RM118 setiap satu.

Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib berkata syiling emas yang ulung itu adalah sebahagian daripada inisiatif Habib #SokongLokal yang disasar memacu perniagaan tempatan di samping meningkatkan kemahiran tempatan dalam tempoh suasana persekitaran yang mencabar ini. Beliau berkata semasa syiling emas itu membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak kepada orang dewasa, ia juga boleh menjadi motivasi yang ideal bagi generasi muda untuk mempelajari dan menyesuaikan diri dengan langkah berjimat cermat.

Peminat-peminat yang ingin mendapatkan koleksi Syiling Emas Upin & Ipin ini sudah boleh mula dapatkan secara online di https://www.habibjewels.com/ sebelum kehabiskan stok. Menurut Habib Jewels, koleksi Syiling Emas ini merupakan koleksi edisi terhad yang tidak akan diulang cetak.

7,441 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply