Announcement

Upin & Ipin di Prime Video

By 22nd May 2023 No Comments

Platfrom penstriman video iaitu Prime Video yang dimiliki oleh Amazon telahpun melancarkan perkhidmatannya di Malaysia pada 18 Mei 2023 yang lalu. Dengan bangganya filem-filem animasi terbitan Les’ Copaque Production telah menjadi salah satu dari tontonan utama di Prime Video.

Antara filem-filem terbitan Les’ Copaque yang boleh ditonton adalah Upin & Ipin – Keris Siamang Tunggal, Upin & Ipin – Jeng, Jeng, Jeng! dan Upin & Ipin – Geng Pengembaraan Bermula.

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi dan perkhidmatan Prime Video, anda boleh layari https://www.primevideo.com/ serta ikuti semua rangkaian media sosial Les’ Copaque Production untuk mengetahui info terkini tentang filem dan episod terbaharu yang bakal ditayangkan di Prime Video nanti.

 

85,385 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan