Announcement

UIKST dicalonkan di festival animasi PSIAF 2019 California

By 15th October 2019 No Comments

Palm Springs International Animation Festival and Expo (PSIAF) baru saja mengumumkan filem-filem animasi yang berjaya dicalonkan untuk anugerah tersebut dan salah satu filem yang diumumkan adalah filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Filem ini berjaya tercalon di dalam kategori “Best Animated Feature” dan bertanding dengan filem-filem animasi antarabangsa yang lain. Menjadi satu-satunya filem animasi Malaysia yang dicalonkan, filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal sudah mula berjaya mendapat tempat di negara barat selepas memenangi anugerah ANIMAZE 2019 di Montreal, Canada.

Keputusan anugerah akan diumumkan pada 14-15 Disember 2019 iaitu pada hari PSIAF diadakan di California nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal.

Sumber : https://www.awn.com/news/funan-and-i-lost-my-body-lead-film-selections-psiaf-2019

3,932 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply