Announcement

Tonton animasi Les’ Copaque di saluran Astro

By 5th November 2020 No Comments

uat baik buat semua peminat animasi terbitan Les’ Copaque Production kerana kini anda semua sudah boleh menonton animasi kesayangan nombor 1. Malaysia iaitu Upin & Ipin di saluran Astro. Semua animasi terbitan Les’ Copaque akan ditayangkan di bawah “belt” Lepak@Les’ Copaque. Upin & Ipin Musim 13 akan ditayangkan di saluran Astro Prima manakala Upin & Ipin musim sebelumnya pula boleh ditonton di Astro Ceria setiap hari.

Astro Prima HD (105) Astro Prima (125)
Isnin – Jumaat (7-8PM)
Sabtu – Ahad (9-10AM)

Astro Ceria HD (611) Astro Ceria (631)
Setiap hari (1-2PM)

Selain itu juga episod baru Pada Zaman Dahulu Musim ke-5 juga turut ditayangkan di saluran Astro Prima dan Prima HD setiap hari Isnin jam 7.00PM dan ulangan setiap hari Sabtu jam 9.00AM. Episod lama Pada Zaman Dahulu juga boleh ditonton di saluran Astro Ceria.

Astro Prima HD (105) Astro Prima (125)
Isnin –  (7PM)
Sabtu – (9AM)(Ulangan)

Astro Ceria HD (611) Astro Ceria (631)
Setiap hari (1-2PM)

Jadi jangan lupa saksikan animasi kegemaran semua terbitan Les’ Copaque Production di saluran Astro!

70,105 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan