Event

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! di Singapura Cipta Sejarah

By 20th December 2022 No Comments

18 Dis 2022, Singapura – Les’ Copaque Production menempa sejarah dengan kejayaan pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! di Stadium Tertutup Singapura yang dihadiri oleh hampir 3,000 penonton berbayar. Pencapaian luar biasa ini amat membanggakan, kerana teater ini julung-julung kalinya dipentaskan di Singapura dan merupakan negara pertama di dalam rangkaian jelajah antarabangsa.

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! mengisahkan tentang pengembaraan Upin dan Ipin ke dalam dunia magik Pin Pin Pom demi menyelamatkan kawan-kawan mereka dari Nenek Kebayan. Teater ini penuh dengan aksi yang mendebarkan dan mencuit hati disamping dengan lagu-lagu yang menghiburkan. Teater ini juga dilakonkan sepenuhnya oleh maskot- maskot watak dan kostum serta menggunakan teknologi multimedia serta kesan khas ketika persembahan. Turut hadir adalah pelakon suara Upin dan Ipin iaitu Asyiela Putri ketika sesi ramah mesra bersama peminat.

Lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lagu-lagu popular Upin & Ipin seperti Gembira Bermain dan Goyang Upin & Ipin serta lagu-lagu baru yang direka khusus untuk teater ini iaitu lagu tema Pin Pin Pom!


Penonton yang hadir juga terdiri dari warga Singapura, Malaysia malahan ada juga dari Indonesia. Ini membuktikan teater ini boleh dieksport ke luar negara seperti Indonesia, Brunei, negara-negara Asia Barat serta kemungkinan besar ke London kerana terdapat permintaan di sana. Pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! ke luar negara ini sudah tentulah dapat mengharumkan nama negara Malaysia ke persada dunia di dalam bidang animasi.

Pihak Les’ Copaque Production akan sentiasa menghasilkan produk yang bertaraf global.

35,274 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan