Announcement

Sambutan Tahun Baru Cina Les’ Copaque 2023

By 3rd February 2023 No Comments

Gong Xi Fat Choi! Selamat Tahun Baru Cina. Les’ Copaque Production sekali tidak ketinggalan bersama-sama semua warga kerjawarga Les’ Copaque tidak kira kaum bersama menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini dengan penuh meriah. Pada sambutan  tahun ini Les’ Copaque mengadakan majlis makan besar bersama yang juga dimeriahkan dengan pelbagai acara.

Sambutan Tahun Baru Cina 2023 ini juga menjadi satu mesej apresiasi kepada warga kerja Les’ Copaque yang berbangsa cina, juga menjadi satu pengalaman yang berharga kepada semua warga kerja yang bukan berbangsa cina untuk merasakan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina Les Copaque. 

Majlis jamuan makan bersama seluruh warga Les’ Copaque diadakan di Gengs Corner Upin& Ipin dan yang menariknya seluruh warga Les’ Copaque hadir dengan berpakaian warna merah bagi meraikan tema tahun baru cina yang dianggap akan lebih “ong”Sambutan Tahun Baru Cina tak lengkap tanpa Yee Sang yang merupakan hidangan simbolik. Acara mengaul Yee Sang yang dilakukan secara beramai-ramai dengan gelak dan sorak memeriahkan suasana.

Selain itu terdapat juga pelbagai hidangan lain yang menyelerakan dan sedap seperti kambing bakar, bihun goreng, pau, kuih-muih dan banyak lagi. Semua hidangan istimewa ini disediakan oleh Geng’s Corner khusus sempena sambutan Tahun Baru Cina ini.

Tahun ini juga sangat unik dan istimewa kerana semua staff  Les’ Copaque turut akan menerima Angpau. Tambah menarik, nilai Angpau tersebut akan diterima secara random dari nilai RM1 sehingga RM100. Ada yang dapat RM10, RM5, RM50 dan tak kurang juga yang menerima RM1 saja. Tapi memang untunglah mereka yang menerima Angpau RM100!

Sambutan Tahun Baru Cina kali ini juga dimeriahkan lagi dengan tarian singa yang begitu hebat dan menakjubkan.

Sambutan ini diakhiri dengan letupan mercun sebagai tanda untuk membawa tahun baru ini yang lebih baik dan luar biasa untuk Les’ Copaque. Moga Les’ Copaque Production dapat menganjurkan lagi sambutan perayaan seperti ini bagi menguatkan lagi hubungan kerja tanpa mengira kaum untuk terus berkarya.

32,826 total views, 0 views today

Author Rembo

More posts by Rembo