AnnouncementMedia

Lawatan Media Indonesia & Malaysia ke Les’ Copaque Production

By 7th July 2022 No Comments

Baru-baru ini  Les’ Copaque Production telah menerima kunjungan lawatan oleh rakan-rakan media dari Indonesia dan Malaysia. Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk merapatkan silatuhrahim dan kerjasama di antara media-media Indonesia dan Malaysia. Lokasi pemilihan lawatan ke studio Les’ Copaque dipilih adalah kerana ianya menjadi sebutan dan pilihan utama oleh rakan-rakan media dari Indonesia. Bukan senang dan jarang-jarang berpeluang ke studio Les’ Copaque Production yang terkenal dengan animasi Upin & Ipin di Indonesia.

Lawatan media tersebut dihadiri oleh media-media utama dari Indonesia seperti Kompas, IDN News, Suara dan media dari Malaysia seperti NST, Bernama, UtusanTV dan ramai lagi.

Lawatan selama lebih 2 jam ini disambut oleh Tn Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production dengan ucapan pembukaan dan En Karyabudi Mohd Aris, Pengurus Pemasaran Antarabangsa Les’ Copaque meneruskannya dengan slide presentation syarikat Les’ Copaque Production. Rakan-rakan media seterusnya dibawa melawat ke studio produksi  dan berkongsi cara-cara pembikinan animasi dari fasa skrip sehinggalah ianya siap untuk tayangan.

Nampaknya media-media dari Indonesia semuanya teruja dan bersemangat melawat setiap department dan bertanyakan pelbagai soalan yang telah lama terpendam di hati.


Pada penghujung sesi lawatan, rakan-rakan media disambut dengan penampilan maskot Upin & Ipin untuk sesi bergambar. Suasana menjadi meriah dan happening dengan kemunculan maskot ikon animasi no. 1 negara. Setiap media juga turut menulis cerita dan pengalaman masing-masing di media masing-masing untuk dikongsikan kepada para pembaca.

Berikut adalah diantara beberapa artikel yang telah dikongsikan oleh rakan-rakan media selepas sesi lawatan ini :
1. https://www.idntimes.com/hype/entertainment/umi-kalsum-1/potret-studio-upin-ipin
2. https://riau.suara.com/read/2022/01/19/113228/rumah-produksi-akhirnya-beberkan-alasan-kenapa-karakter-upin-ipin-botak
3. https://buku.kompas.com/read/1742/kenapa-upin-ipin-tidak-pernah-naik-kelas-ketahui-juga-beberapa-misteri-dalam-kartun-upin-ipin-yang-paling-bikin-penasaran
4. https://www.tvonenews.com/berita/internasional/51350-siapa-yang-tidak-kenal-upin-dan-ipin-inilah-kisah-suksesnya
5. https://www.inews.id/lifestyle/film/cerita-burhanuddin-buat-film-upin-ipin-harus-botak-ternyata-alasannya-ini
6. https://www.astroawani.com/berita-hiburan/bahasa-mudah-sarat-mesej-buat-masyarakat-indonesia-terpikat-dengan-upin-ipin-368824

61,697 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan