Event

Konsert Orkestra Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

By 30th November 2022 No Comments

Konsert Orkestra Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal telah pun berlangsung dengan jayanya pada 26 Nov yang lalu. Hampir lebih 4,000 penonton yang hadir dan memeriahkan konsert ini yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani, K. Lumpur.

Konsert anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Les Copaque Production Sdn Bhd ini adalah bertujuan memberi hiburan berkualiti dan peluang kepada semua peminat untuk bernikmati persembahan orkestra bertemakan filem Upin & Ipin – Keris Siamang Tunggal yang pertama kali diadakan.

Lagu-lagu persembahan Orkestra Kuala Lumpur ini dianggotai seramai 62 orang pemuzik dan dipimpin oleh Encik Norman Ong adalah dari runut muzik filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal serta lagu-lagu tema Upin & Ipin. OST filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal pada asalnya dihasilkan menggunakan orkestra dan telah direkodkan di Boston.

Di konsert ini juga, maskot Upin & Ipin turut membuat penampilan istimewa dengan persembahan tarian serta silat bersama-sama Artis Budaya DBKL. Terima kasih kepada semua hadir dan memeriahkan Konsert Orkestra Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal.

InsyaAllah, jumpa di acara akan datang!

 

15,944 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply