Announcement

Upin & Ipin Kini di Youku

By 13th September 2017 No Comments

Baru-baru ini, syarikat Les’ Copaque Production telah berjaya membawa animasi Upin &  Ipin ke negara China dan memilih Youku sebagai platform  terbaik untuk menyiarkan animasi ini. Seperti yang kita tahu, di China mereka tidak mempunyai Youtube sebagai platform penyiaran seperti di kebanyakkan negara lain. Akan tetapi, mereka mempunyai Youku iaitu sebuah platform menyiaran video terbesar di China. Selain itu, pihak Les’ Copaque Production juga telah menjalinkan kerjasama dengan Nicecrown International Limited untuk menguruskan semua urusan perniagaan syarikat di sana. Dengan terjalinnya kerjasama ini, ianya sekaligus menjadikan animasi Upin & Ipin sebagai animasi pertama Malaysia yang berjaya memasuki pasaran di negara itu.

Setakat ini hanya terdapat dua episod yang telah dimuat naik di Youku iaitu episod Raja Buah dan Bulan Hantu daripada animasi Upin & Ipin musim ke enam. Setiap episod yang dimuat naik akan dialih bahasa terlebih dahulu iaitu daripada Bahasa Malaysia kepada Bahasa Mandrin. Episod Raja Buah yang berdurasi selama 19 minit 26 saat telah dimuat naik pada 31 Ogos 2017 mengisahkan tentang bagaimanakah suasana sambutan pesta durian yang telah diadakan di Kampung Durian Runtuh. Manakala untuk episod Bulan Hantu yang berdurasi selama 19 minit 10 saat pula, menceritakan tentang kepercayaan orang Cina dengan adanya “Bulan Hantu”.

Poster Episod Raja Buah di Youku

Poster Episod Bulan Hantu di YouKu

Untuk menyaksikan animasi Upin & Ipin di Youku, jangan lupa untuk melayari YouKu Channel Les’ Copaque.

13,196 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan