Announcement

Keretapi Sarong bersama Upin & Ipin

By 26th September 2017 No Comments

Kalau nak tahu pada 16 September 2017, telah berlangsungnya satu program bertajuk Keretapi Sarong #SayangMalaysia 2017 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) bertempat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Program ini telah diadakan bersemperna untuk meraikan Hari Malaysia dan secara tidak langsung dapat menyemai rasa cinta dan sayang rakyat terhadap tanah air. Selain itu, pemilihan penggunaan #SayangMalaysia di media sosial juga dapat menjadikan nama Malaysia dikenali diserata dunia.

Upin & Ipin bergambar bersama YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Menampilkan maskot Upin & Ipin sebagai Duta Perlancongan 2017 pada majlis penutup menjadikan suasana pada waktu itu bertambah meriah. Program yang telah disertai lebih kurang 1000 orang ini juga telah mendapat perhatian daripada pelancong dalam dan luar negara apabila mereka turut sama-sama turun melibatkan diri bagi memeriahkan program Keretapi Sarong #SayangMalaysia 2017. Para peserta dengan penuh rasa bangganya mengenakan kain sarong lalu menaiki LRT/MRT yang bermula di laluan LRT Subang dan berakhir di laluan MRT Muzium Negara.

Antara para peserta yang turut terlibat untuk memeriahkan program Keretapi Sarong #SayangMalaysia 2017

Tidak juga ketinggalan sesi bergambar Upin Ipin bersama para peminat

Program yang unik ini sebenarnya telah pun lama diperkenalkan sejak dari tahun 2012 iaitu di Kuala Lumpur dan London. Namun sambutannya pada kali ini adalah lebih meriah kerana program ini telah disambut baik oleh seluruh masyarakat bukan saja daripada kalangan rakyat tempatan tetapi juga pelancong dari luar negara. Jom sama-sama saksikan suasana kemeriahan sambutan program Keretapi Sarong #SayangMalaysia 2017 di Youtube Channel Les’ Copaque

3,802 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply