Announcement

Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia

By 3rd February 2021 No Comments

Inna lillahi wainna ilaihi raji’un.
Mari kita sedekahkan Al Fatihah.

Kami dari Les’ Copaque Production amat sedih dan sebak apabila mendapat berita yang Datuk Jamali Shadat (78 Tahun) telah meninggal dunia hari ini jam 8.30pagi. Allahyarham pernah bekerjasama dengan Les’ Copaque Production pada tahun 2015 di dalam episod istimewa Upin & Ipin yang bertajuk “Siapa Atan”. Episod tersebut mengisahkan Datuk Jamali Shadat datang ke Kampung Durian Runtuh untuk membuat persembahan. Upin, Ipin dan kawan-kawan yang pada asalnya tidak mengenali siapakah Datuk Jamali Shadat kemudian amat mengagumi bakat beliau yang luar biasa. 

Kepakaran Datuk Jamali melakonkan pelbagai watak termasuklah watak “Atan” amat mengujakan. Opah, Tok Dalang, Uncle Muthu dan Uncle Ah Tong juga tak sangka dapat bertemu dengan pelawak kegemaran mereka.

Kenangan bergambar bersama Datuk Jamali Shadat

Sesungguhnya semua kenangan dan lawak jenaka Datuk Jamali Shadat akan dikenang dan diingati selalu. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah (dibaca)

3,924,728 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan