Awards

Les’ Copaque terima Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia

By 4th July 2022 No Comments
Les’ Copaque Production menerima Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia bagi kategori Harta Intelek (IP) Animasi Malaysia dengan Kutipan Tertinggi (Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal). Anugerah diterima oleh Imran Adzman, Pengarah Animasi Les’ Copaque Production dan bersama Nell Ghadafi, Juru Animasi Les’ Copaque Production. Anugerah tersebut dianjurkan oleh MDEC sempena pelancaran Malaysia Digital yang dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Alhamdulillah, terima kasih di atas sokongan dan doa semua peminat-peminat setia animasi terbitan Les’ Copaque Production.

46,021 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan