Announcement

Akan Datang! Upin & Ipin Iqra’

By 19th March 2018 No Comments

Selepas  video Cara mengambil wuduk dan Azan Maghrib mendapat sambutan yang luar biasa pada dengan view melebihi 10 juta, kali ini Les’ Copaque Production bakal menerbitkan satu lagi animasi baru berkisarkan dari siri “Upin & Ipin” iaitu ” Upin & Ipin Iqra’ “. Video teaser mengenai rancangan terbaru ini sudah mula dimuat naik di YouTube Channel Les’ Copaque dan ketika artikel ini ditulis sudah menerima lebih dari 100,000 tontonan.

Animasi Upin & Ipin Iqra’ ini mengekalkan Upin, Ipin dan kawan-kawan sebagai watak utama dan  sekali lagi menampilkan Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Almakki sebagai Ustaz yang mengajar mereka mengaji. Selain itu juga, pihak Les’ Copaque Production menggunakan cara rendering yang berbeza pada animasi ini dengan memberi sentuhan ala-ala lukisan kartun 2D. Ianya pasti memberikan sedikit kelainan dan keunikan pada animasi Upin & Ipin Iqra apabila ianya mula ditayangkan nanti.

Macam mana dengan visual dan pengisian animasi Upin & Ipin Iqra’ ni? Mesti ramai yang dah tak sabar nak tonton animasi ni nantikan ? Ikuti perkembangan lanjut nanti di rangkaian media sosial Upin & Ipin.

———————————-

Tonton Video Cara mengambil wuduk dan Azan Maghrib

13,473 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply