Announcement

Upin & Ipin Musim 11 – Kembara Alam Dino

By 13th September 2017 No Comments

Seronoknya kalau kita dapat tengok dinosaur di depan mata kan? Tapi apa agaknya yang akan terjadi kalau kita kembali ke alam dinosaur? Dengar cerita, untuk episod terbaru kali ini Upin & Ipin dikejar T-rex, si dinosaur yang kejam. Dalam masa yang sama mereka berkawan pula dengan seekor dinosaur baik bernama Bro. Baik sangat ke Bro ni sampai Upin & Ipin nak berkawan dengannya? Kalau nak tahu baik atau tidak Bro dan apa puncanya Upin & Ipin di kejar T-rex, jangan lupa untuk saksikan episod terbaru pada:

Tarikh: 16 September 2017
Tajuk: Kembara Alam Dino
Masa: 7.30 Malam
Saluran: TV9

Sinopsis

Upin & Ipin lari menyelamatkan diri kerana dikejar oleh T-rex, dinosaur yang kejam. Dalam keadaan yang kelam kabut, mereka berdua telah terjatuh ke suatu kawasan yang lain yang akhirnya menemukan mereka berdua dengan “Bro” seekor dinosaur yang baik. Maka, bermulalah pengembaraan Upin, Ipin & kawan barunya, Bro menghadapi pelbagai cabaran dan halangan di Alam Dino. Persoalannya, adakah Upin & Ipin berjaya melepaskan diri mereka daripada dikejar T-Rex? Bagaimana pula caranya untuk Upin & Ipin pulang semula ke Kampung Durian Runtuh? Nantikan kesudahannya dalam episod “Kembara Alam Dino”

p/s : Teman-teman di Indonesia juga akan bisa nonton episod ini tapi pada waktu yang berbeda. Nantikan pengumuman di MNCTV

6,243 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply