Event

Upin & Ipin Fun Run 2018

By 26th October 2018 No Comments

Atas permintaan ramai, syarikat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama The Marathon Company buat julung kalinya menganjurkan “Upin & Ipin Fun Run”. Larian sejauh 3km ini akan diadakan pada 23 Disember 2018 di MAEPS Serdang.

Larian yang akan bermula pada 7 pagi ini akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan bagi menceriakan ibubapa dan anak-anak untuk meneruskan larian ke garisan penamat. Maskot Upin dan Ipin akan turut membuat kemunculan bagi memberikan semangat kepada para peserta. Setiap peserta akan mendapat T-shirt dan bib larian, medal larian Upin & Ipin edisi terhad, beg jerut dengan hadiah barangan Upin & Ipin yang bernilai RM200.

Acara larian ini juga diadakan serentak dengan “Karnival Upin & Ipin dan Kawan-kawan” yang bermula pada 20 – 23hb Disember, 10 pagi hingga 10 malam. Karnival keluarga terbesar di Malaysia ini akan mengetengahkan persembahan pentas utama Upin & Ipin dan Kawan-kawan, Pada Zaman Dahulu dan Puteri. Ia juga merupakan Karnival maskot luar biasa kerana kemunculan lebih 20 maskot berbeza.

Untuk menyertai “Upin & Ipin Fun Run”, daftar segera di http://www.racexasia.com/event/upinipin-fun-run-2018/ sebelum 30 November 2018. Tempat adalah terhad.

8,991 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply