Sekali lagi Les’ Copaque Production telah mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai Top 5 the Most Earning YouTube Channel di rantau Asia Pasifik. Dengan memperolehi pendapatan melebihi 16 Juta Us Dollar semenjak Les’ Copaque Production mencipta dan menjayakan channel YouTube pada tahun 2009 sehingga menjadi ‘The Giant’ YouTube channel di Malaysia.
YouTube Les’ Copaque juga merupakan satu-satu nya YouTube channel di Malaysia yang menerima YouTube Diamond Play Button setelah kejayaan YouTube Les’ Copaque mencapai jumlah subscribers melebihi dari 10 juta pada tahun 2020, itu juga menjadi percapaian yang sangat membanggakan buat peminat dan penggiat seni animasi tempatan. Les’ Copaque Production merekodkan kejayaan ini menjadikan satu nafas baharu kepada pengiat seni animasi tanah air untuk terus melebarkan lagi bakat dan kreativiti yang tidak kurang hebatnya seperti syarikat tekemuka di Amerika Syarikat seperti Disney.
Les’ Copaque Production telah sekian lama menjadi penanda aras untuk sebuah syarikat animasi yang terkemuka bukan saja di Malaysia malahan ke serata rantau Asia. Kini YouTube Channel Les’ Copaque mempunyai lebih 16 juta subsribers yang terdiri dari peminat dari seluruh dunia di antaranya dari Indonesia, Malaysia, Brunei, Vietnam sehinggalah sejauh dari India dan Amerika Syarikat. Jadi untuk peminat Upin & Ipin teruskan memberi sokongan yang penuh dan turut serta mencipta sejarah bersama Les’ Copaque Production.
32,668 total views, 0 views today