Awards

Upin & Ipin menang lagi di Mom & Kids Awards

By 1st October 2020 No Comments

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peminat setia Upin & Ipin di Indonesia kerana sekali lagi telah memilih Upin & Ipin sebagai pemenang anugerah di Mom & Kids Awards. Anugerah Mom & Kids Awards yang telah dimenangi pada tahun ini oleh Upin & Ipin adalah anugerah Series Animation Kesayangan. Namun begitu kami dari Les’ Copaque Production memohon maaf kerana pada tahun ini, Asyiela Putri tidak dapat hadir ke Mom & Kids Awards kerana penerbangan ke luar negara tidak benarkan kerana wabak COVID-19.

Walaubagaimana pun pihak MNCTV telah mengirimkan anugerah Mom & Kids Awards lebih awal ke studio Les’ Copaque Production untuk tujuan merakamkan video ucapan. Video ucapan tersebut kemudiannya ditayangkan secara langsung ketika acara Mom & Kids Awards 2020. Apa yang menariknya, video ucapan tersebut turut mengajak pengacara Mom & Kids Awards untuk menari lagu Goyang Upin & Ipin.

Beriktu adalah senarai anugerah Mom & Kids Awards mengikut tahun yang pernah dimenangi oleh Upin & Ipin.

Mom & Kids Award 2018 – Upin & Ipin Kartun Kesayangan

Mom & Kids Award 2017 – Upin & Ipin Kartun Kesayangan

Mom & Kids Awards 2016 – Upin & Ipin Kartun Kesayangan

Mom & Kids Awards 2015 – Upin & Ipin Kartun Kesayangan

Mom & Kids Awards 2015 – Upin & Ipin Tokoh Kartun Kesayangan

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua peminat Upin & Ipin di Indonesia dan juga terima kasih kepada MNCTV kerana menganjurkan acara anugerah yang gemilang ini. Teruskan menyokong dan menonton Upin & Ipin, series animation kesayangan Indonesia di MNCTV!

30,606 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan