Announcement

Baju Melayu Upin & Ipin Jakel 2025

By 5th February 2025 No Comments

Baju Melayu di pagi raya sudah pastinya menjadi kewajipan buat semua ketika menyambut Hari Raya bersama keluarga. Buat peminat setia Upin & Ipin, Baju Melayu Upin & Ipin sudah pasti menjadi pilihan setiap kali menyambut hari lebaran. Tahun 2025 merupakan tahun ke-10 kerjasama Les’ Copaque Production bersama Jakel dengan menerbitkan Baju Melayu Upin & Ipin. Baju Melayu Upin & Ipin sering mendapat sambutan luar biasa dan pilihan para ibubapa buat anak lelaki mereka kerana Baju Melayu Upin & Ipin ini berkualiti dan kainnya tidak panas. Jadi kalau kanak-kanak memakai Baju Melayu Upin & Ipin dari pagi raya sehingga petang raya pun masih lagi selesa dan nampak bergaya.

Jakel menawarkan lebih dari 93 pilihan warna Baju Melayu Upin & Ipin yang pastinya cantik dan menawan. Setiap set baju melayu ini lengkap dengan sampin dan butang baju melayu. Jadi para ibubapa tak perlu risau lagi untuk mendapatkannya ditempat lain. Pilihan warna Baju Melayu Upin & Ipin juga boleh dipadankan dengan Baju Melayu dewasa dan pilihan pelbagai rekaan baju kurung keluaran Jakel. Jadi bolehlah raya sedondon satu keluarga nanti!

Ketika majlis pelancaran RAYA MENDONIA bersama JAKEL di Jakel Mall KL, En Karyabudi selaku Pengarah Pemasaran dan Perlesenan Les’ Copaque Production yakin kerjasama yang jitu diantara Les’ Copaque dan Jakel akan berterusan kerana permintaan yang tinggi terhadap Baju Melayu Upin & Ipin dan ianya dijual dengan harga mampu milik.

En Khairul Aimran selaku Pengarah Kreatif Les’ Copaque Production pula berkongsi yang mana populariti Upin & Ipin sudah begitu terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Apa saja yang dilakukan oleh Upin dan Ipin sering menjadi ikutan oleh peminat, termasuklah seperti Upin dan Ipin berbaju melayu di dalam episod animasinya. Sudah pastilah peminat akan mencari baju melayu yang seperti dipakai Upin & Ipin, maka Baju Melayu Upin & Ipin Jakel lah yang akan menjadi pilihan mereka nanti.

Jadi dapatkan Baju Melayu Upin & Ipin di semua cawagan Jakel sekarang. Tak perlu tunggu sehingga saat-saat akhir kerana promosi Baju Raya Jakel 2025 sudahpun bermula sekarang.

104 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan