Festival Sahabat Generasi Maju merupakan salah satu acara anjuran SGM bagi mempromosi dan memberi pendedahan tentang susu SGM Eksplor dan SGM Aktif yang merupakan jenama susu nombor 1 di Indonesia. Kalau nak tahu, SGM adalah penaja siri Upin & Ipin pada tahun ini. Sebab itulah, Upin dan Ipin juga turut diundang bagi memeriahkan acara yang julung-julung kalinya diadakan. Ianya diadakan di Taman Pintar, Yogjakarta yang merupakan salah satu lokasi tumpuan orang ramai terutama sekali pada hari minggu.
Diantara aktiviti menarik yang diadakan adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Ramai betul yang menyertai pertandingan ini sehinggakan pihak SGM perlu membahagikan pertandingan ini kepada beberapa segmen dan kategori. Kebanyakkan yang menyertai pertandingan ini juga sungguh berbakat dan mewarna dengan cantik. Susah juga pada awalnya juri dari pihak SGM memilih siapakah pemenang pertandingan ini. Tahniah kepada semua pemenang!
Bagi yang belum tahu lagi, SGM mempunyai pelbagai jenis produk susu untuk pelbagai peringkat umur dan kategori. SGM Eksplor 3+ adalah susu tepung bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas seperti Upin dan Ipin. SGM Eksplor 3+ boleh diminum 2 kali sehari bagi melengkapi keperluan nutrisi harian seperti Kalsium, Zat Besi, Serat dan banyak lagi.
Selain itu, di acara Festival Sahabat Generasi Maju juga maskot Upin dan Ipin turut membuat persembahan istimewa kepada semua pengunjung di Taman Pintar. Diantara lagu yang dipersembahkan adalah lagu Sahabat Selamanya, Luar Biasa dan Gembira Bermain. Sungguh luar biasa sambutannya kerana ini adalah kali pertama Upin dan Ipin berada di Yogjakarta.
Terima kasih kepada SGM kerana telah menjemput Upin dan Ipin di Festival Sahabat Generasi Maju.
8,206 total views, 0 views today