LCGDI

Download Now! Upin & Ipin Ais Kacang Maker

By 20th March 2018 No Comments

Les’ Copaque Games Development Incorporated (LCGDI) melancarkan permainan mobile terkini yang sudah boleh mula dimuat turun sekarang. Permainan yang diberi nama Ais Kacang Maker ini adalah permainan berasaskan pembuatan Ais Kacang iaitu salah satu makanan ringan yang sering dinikmati oleh rakyat Malaysia. Di dalam siri Upin & Ipin juga, terdapat beberapa babak di Warung Uncle Muthu yang turut menampilkan makanan Ais Kacang.  Oleh sebab itu pasti ramai peminat animasi Upin & Ipin yang akan jatuh cinta dengan permainan Upin & Ipin Ais Kacang Maker ini.

Buat masa sekarang versi Android sudah boleh mula dimuat turun melalui Google Play 👉 https://goo.gl/8quEvv dan versi iOS pula akan diumumkan nanti.

Secara asasnya permainan ini mencabar pemain menghasilkan Ais Kacang mengikut citarasa pelanggan di dalam tempoh masa tertentu. Terdapat 2 mode dalam permainan ini iaitu Story Mode dan Arcade Mode. Di dalam Story Mode, pemain akan menghasilkan Ais Kacang mengikut peringkat demi peringkat berdasarkan jalan cerita yang diberikan. Manakala di dalam Arcade Mode pula, pemain akan menghasilkan Ais Kacang melalui tetapan masa yang telah ditentukan.

Download Now : https://goo.gl/8quEvv

Buat masa sekarang sudah lebih 1,000 pengguna Android yang sudah memuat turun permainan ini sejak ianya dilancarkan pada minggu lalu. Jom kita saksikan sedikit sedutan video permainan Upin & Ipin Ais Kacang Maker.

 

19,641 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply