Seperti yang kita tahu animasi Upin & Ipin mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia dan diantaranya adalah dari Indonesia. Bila sebut je nama “Upin & Ipin” di Indonesia, tak kira sesiapapun pasti meminati dan dan mengemari rancangan Upin & Ipin.
Kami terjumpa sebuah blog dari peminat Upin & Ipin dari Indonesia yang bercuti ke Kuala Lumpur dan ingin mencari Upin & Ipin di KLCC. Menurut pemilik blog Yessigreena.com, dia bersama anak lelakinya bercuti di Kuala Lumpur dan mengambil keputusan untuk berjalan di sekitar KLCC.
“C’mon hurry up show me the twin tower. i wanna see Upin Ipin there! No shopping!” perintah tuan muda, dan permaisuri hanya bisa manut aja daripada ribut dan bikin malu di negeri orang. Hahahahhahaha”
“Cepatlah, tunjukkan di mana Menara Kembar Petronas. Saya mahu lihat Upin & Ipin. Tak perlu shopping!” Tegas si anak dan ibunya hanya mampu menurutkan saja kerana tidak mahu anaknya menangis”
Demi melayan kehendak anaknya, pemilik blog hanya mampu membawa anaknya melihat Menara Berkembar Petronas. Ini adalah respon anaknya :
Setelah puas liatin Menara Petronas dari dekat, si boy nanyain, “So where is Upin Ipin?” Mana ada Upin Ipin di Menara Petronas, boy. “They are not here.
“Setelah puas melihat Menara Petronas dari dekat, si anak menanyakan di mana Upin Ipin?” “Mana ada Upin Ipin di Menara Petronas”. Jelas si ibu”
I have told you that we are in KL to meet your aunties and uncle, right? I have told you that we will not meet Upin Ipin here.”
“Ibu memberitahu kepada si anak tujuan asal ke KL adalah untuk berjumpa dengan pakcik dan makcik saudara. Kita tidak akan berjumpa dengan Upin Ipin di sini”
“Jawabannya, “Yes i know. Upin Ipin live in village. Not in city like this.”
“Jawapannya, “Ye, saya tahu. Upin Ipin tinggal di kampung dan bukan di bandar”
Selepas itu si ibu pula bertanyakan soalan kepada anaknya.
“Then why do you ask me that question?” tanya saya lagi.
“Kenapa bertanyakan soalan itu lagi ?” Tanya si ibu.”
“No. It’s okay. The twin towers is just like Upin Ipin ya, mom. They are twin. Is it Upin Ipin towers? No? No, ya? Upin Ipin live in village. No towers.”
“Menara Kembar Pertonas seperti Upin Ipin kan? Mereka juga kembar. Adakah ianya dipanggil Menara Upin Ipin ? Tidakkan? Kerana mereka tinggal dikampung. Di kampung tiada menara.
Terkejut dengan jawapan si anak, si ibu pula bertanyakan soalan kepada anaknya.
“Why do you like Upin Ipin? tanya saya waktu itu. And his answer : “Because they are always happy and smile. And they are so kind to their friend”
“Kenapa kamu suka sangat dengan Upin Ipin?” tanya si ibu. Si anak menjawab” Kerana mereka sentiasa gembira dan tersenyum. Upin dan Ipin sangat baik kepada kawan-kawan mereka.
“So you also have to be happy and kind to your friend?” Dan dijawab “Sure, mom!” sambil tersenyum lebar.
“Jadi, kamu juga harus sentiasa gembira dan berlakuan baik kepada kawan-kawan kamu” pesan si ibu. Anaknya menjawab “Baik, ibu” sambil tersenyum lebar.”
Sumber : https://yessigreena.com/2017/02/14/mencari-upin-ipin-di-menara-petronas/
Kami tersentuh dengan perbualan dan penulisan blogger ini dan mengucapkan terima kasih kerana menyokong Upin & Ipin. Sekiranya pemilik blogger ini membaca artikel ini, sila emelkan nama dan alamat kepada kami di info@lescopaque.com. Ada sesuatu yang kami ingin hadiahkan kepada anda.
Ditulis oleh
9,279 total views, 0 views today