Awards

Upin & Ipin – Kartun Kesayangan Mom & Kids Awards 2016

By 20th December 2016 No Comments

Anugerah Mom & Kids Awards 2016 yang dianjurkan oleh MNCTV iaitu salah sebuah syarikat penyiaran terbesar di Indonesia telah menobatkan Upin & Ipin sebagai pemenang bagi Anugerah Watak Kartun Kesayangan. Upin & Ipin bertanding di dalam kategori yang sama dengan program kartun yang lain yang turut disiarkan di MNCTV. Pemenang ditentukan melalui konsep undian SMS yang telah dilakukan bermula seminggu sebelum malam anugerah berlangsung.

Mom & Kids Awards 2016

Asyiela Putri bersama Upin & Ipin ketika memenangi Anugerah Mom & Kids Awards 2016

Kartun Kesayangan

Mom & Kids Awards 2016

Mom & Kids Awards 2016

Asyiela Putri ketika menyanyikan lagu Boria Suka Suka

Pada malam anugerah tersebut, pelakon suara Upin & Ipin, Asyiela Putri turut membuat persembahan istimewa lagu Boria Suka-Suka dan lagu Gembira Bermain (Lagu Tema Upin & Ipin) bersama penyanyi-penyanyi cilik Indonesia dari program realiti Idol Junior. Lagu Boria Suka-Suka merupakan salah sebuah lagu yang dipopular dari episod Upin & Ipin dan sangat terkenal di Indonesia.

Mom & Kids Awards 2016

Aksi Upin Ipin yang comel mendapat sorakan penonton

Ini merupakan tahun ke 2 watak Upin & Ipin menerima pengiktirafan di Mom & Kids Awards dan ini membuktikan populariti Upin & Ipin masih kuat di Indonesia. Menurut MNCTV, slot siri Upin & Ipin merupakan slot program yang mempunyai ranking tertinggi di MNCTV sehingga mengalahkan slot sinetron.  Siri Upin & Ipin juga merupakan diantara program yang mendapat ranking tertinggi bagi keseluruhan program di rangkaian television Indonesia dan meletakkan MNCTV sebagai stesyen television nombor 1 di Indonesia.

 

Written By

3,100 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply