AwardsYouTube

Malaysia Book of Records! YouTube Channel Pertama Malaysia terima Diamod Play Button

By 8th September 2020 No Comments

Pada Sept 2020, Les’ Copaque Production telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai YouTube Channel Pertama di Malaysia menerima YouTube Diamond Play Button dengan meraih 10 Juta Subscribers. Sijil pengiktirafan itu diserahkan sendiri oleh CEO Malaysia of Book Of Records, En Christopher Wong kepada Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Hj Burhanuddin Md Radzi. Menurut En Christopher, pencapaian menerima YouTube Diamond Play Button ini merupakan satu pencapaian luar biasa dan membanggakan Malaysia.

Terima kasih kepada Malaysia Book of Records kerana telah mengiktiraf pencapaian ini dan seterusnya memberi semangat kepada Les’ Copaque Production agar mencapai ke tahap yang lebih tinggi lagi. Selepas ini nampaknya, Les’ Copaque Production akan menyasarkan 50 juta YouTube Subscribers pula untuk YouTube Play Button yang seterusnya.

9,108 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan