
Sempena sambutan ulang tahun ke-20, Les’ Copaque Production Sdn Bhd buat julung kalinya bakal menganjurkan LC Xpo 2025 bertempat di WTC Kuala Lumpur dari 11 hingga 14 Disember 2025. Acara ini akan menghimpunkan pelbagai lapisan peminat dari seluruh negara untuk meraikan dua dekad kejayaan Les’ Copaque dalam industri animasi.


Pelbagai acara menarik yang bakal diadakan seperti sesi ceramah oleh pelopor dan pengarah syarikat dari bidang animasi, perniagaan dan dunia kreatif. Diantara penceramah yang akan berkongsi pengalaman masing-masing adalah seperti Datuk Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd, Encik Anuar Fariz Fadzil, CEO MDEC dan ramai lagi.

Selain itu, terdapat juga sesi Masterclass yang menawarkan 3 kursus professional iaitu :
1. Autodesk Maya Fundamentals
2. Blender – 3D Modelling & Animation
3. Unreal Engine & Houdini Generalist
Ke semua sesi Masterclass ini akan diajar oleh pakar bertauliah dalam kursus dan bidang masing-masing.


Malam kemuncak kepada LC Xpo ialah Konsert Luar Biasa 20 Tahun, iaitu persembahan istimewa yang menampilkan barisan artis popular seperti Asyiela Putri, Amir Masdi, Dinda Dania, Yubi, Wani Kyrie dan ramai lagi. Konsert ini bakal membawa penonton menyusuri perjalanan muzik animasi Les’ Copaque dari lagu-lagu ikonik Upin & Ipin hingga ke persembahan baharu yang diraikan dengan penuh emosi dan semangat dua dekad.
Aktiviti Menarik Sepanjang LC Xpo
Selain konsert, pengunjung LC Xpo 2025 akan disajikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti:
- Sesi Podcast secara langsung bersama pelakon suara dan krew Les’ Copaque Production
- Pertandingan Mewarna khas untuk kanak-kanak dan dewasa
- Pameran & jualan cenderamata eksklusif sempena ulang tahun ke-20
- Meet & Greet bersama watak kegemaran Upin & Ipin
- Aktiviti interaktif dan banyak lagi.

Jadi jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada sejarah 20 tahun penuh inspirasi ini. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, layari 👉 lcxpo.com
4,357 total views, 0 views today





