Selepas kejayaan berprestij filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal di Montreal International Animation Film Festival 2019 (ANIMAZE) dalam kategori Feature Film, pengarah-pengarah filem animasi ini agak “sibuk” ditemuramah oleh media untuk berkongsi pengalaman mengenai anugerah antarabangsa ini. Baru-baru ini salah seorang pengarah filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal, iaitu Syed Nurfaiz Khalid serta penulis lakon layar Nur Naquyah ditemuramah oleh BERNAMA Radio dalam slot 30minit eksklusif membincangkan mengenai kejayaan filem ini.
Diantara soalan yang ditanya oleh penyampai radio BERNAMA adalah kriteria pemilihan pemenang dan apakah yang dilihat oleh ANIMAZE di dalam filem ini sehingga dinobatkan sebagai pemenang. Syed Nurfaiz yang turut berada di Montreal ketika anugerah ANIMAZE berkongsi rahsia pemilihan juri melalui perseptif pandangan penonton dari negara luar.
“Sebenarnya banyak penyertaan animasi dari pelbagai negara dan kebanyakkan animasi mereka sangat bagus. Tetapi kenapa juri memilih Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal sebagai pemenang bagi kategori “Feature Film” adalah kerana jalan cerita dan skripnya. Mereka kagum dengan jalan cerita, budaya dan watak-watak di dalam filem ini” – Syed Nurfaiz Khalid
Menurut Nur Naquyah pula, kekuatan filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal adalah pada skrip dan jalan ceritanya. Setiap dialog yang disampaikan oleh setiap watak sangat penting dan diambil berat di dalam penulisan skrip.
Terima kasih kepada BERNAMA Radio kerana sudi menjemput Les’ Copaque Production ke studio untuk berkongsi mengenai filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal. Bagi yang tak berkesempatan mendengar secara LIVE tempoh hari, bolehlah menonton melalui video highlight temuramah di bawah :
16,296 total views, 0 views today