FilmYouTube

Keris Siamang Tunggal (Character Teaser) Upin & Ipin

By 22nd March 2018 No Comments

Mesti yang ramai dah tak sabar nak tonton filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal di pawagam nantikan? Sekarang ni pun dah ramai yang bertanya bila tarikh tayangan filem ni. Sabar dulu~. Sebelum kami boleh bagitahu, mari kita lihat dulu video teaser untuk filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal yang baru sahaja dimuatnaik di saluran YouTube Les’ Copaque Production. Setakat pada hari pertama video teaser ini sudah mencecah sebanyak 50 ribu views.


Dalam video ni kelihatan watak Upin dan Ipin sedang bermain dengan sebuah keris sambil melakukan aksi silat. Aksi mereka akhirnya menyebabkan sesuatu yang pelik berlaku di mana lantai yang mereka pijak pecah lalu satu lembaga muncul dari lubang tersebut. Siapakah watak yang muncul dan kenapa dia berada di situ? Kalau nak tahu, kenalah tunggu video yang seterusnya nanti.

18,197 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply