Hard Rock Hotel, Penang
Hard Rock Hotel, Penang. Ya, ianya merupakan destinasi penginapan pilihan Les’ Copaque untuk membawa warga kerjanya mengikuti “Company trip” yang berlangsung selama 4 hari 3 malam. Pilihan hotel 5 bintang sudah pasti menjanjikan keselesaan dan pengalaman baru buat warga kerja Les’ Copaque.
Hari pertama, ketibaan di Hard Rock Hotel;
Seawal 7 pagi kami semua sudah berkumpul diperkarangan pejabat Les’ Copaque. Sudah pasti keterujaan dan keseronokan dapat dirasai pada kali ini, kerana setelah sekian lama kebanyakan dari warga kerja Les’ Copaque tidak ke mana-mana, berikutan Covid-19 melanda dunia. Sekitar jam 9 pagi kami semua telah bertolak ke Penang dengan menaiki 3 buah bas persiaran. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke destinasi penginapan pilihan. Sebaik sahaja sampai, procedure check in di hotel agak berbeza dari sebelum wujudnya covid, di mana kami semua perlu melakukan beberapa saringan Covid-19, seperti mengambil suhu badan dan juga mengemas kini MySejahtera, ada juga yang perlu melakukan “swab test”. Setelah semuanya selesai, kami semua akhirnya dapat masuk ke bilik masing-masing untuk berehat seketika dan aktiviti bebas pada sebelah petang. Dan pada sebelah malam, kami dihidangkan dengan makan malam yang menarik dan menyelerakan, diikuti perkara wajib setiap kali company trip dijalankan, sudah pasti akan ada satu sesi ucapan pengenalan dari Pengarah Urusan Les’ Copaque iaitu, Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, atau lebih disenangi dengan panggilan Uncle oleh warga kerja Les’ Copaque. Ucapan Uncle biasanya menceritakan perjalanan, kejayaan, kenangan manis mahupun pahit sepanjang penubuhan syarikat Les’ Copaque Production serta menyuntik semangat warga kerja dengan kata-kata semangat.
Hari kedua, Escape Penang;
Escape Penang, sudah tidak asing lagi bagi mereka yang gemarkan aktiviti dan permainan yang menarik serta dekat dengan persekitaran semula jadi. Kami diberikan peluang untuk bermain pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan di Escape Pulau Pinang, seperti Monkey Business, Gecko Tower, Aerosat, Tubby Racer, Atan’s leap, Coco Climb dan pelbagai lagi. Kami juga diberikan satu kad aktiviti, di mana sesiapa yang dapat penuhi segala aktiviti, dengan markah yang tertinggi bakal memenangi pelbagai hadiah yang menarik yang disediakan oleh pihak syarikat.
Di Escape Pulau Pinang, jelas terpapar keseronokan di riak wajah setiap warga kerja Les’ Copaque di mana mereka bermain bersungguh-sungguh setiap aktiviti yang ada dengan menguji ketahanan mental dan fizikal masing-masing. Apa-apa pun, aktiviti di Escape Penang, memang sesuatu yang luar biasa!
Pada sebelah malam pula, buat julung kalinya pihak syarikat telah mengadakan satu pertandingan Karaoke “Gegar Karok”. Di mana setiap warga kerja Les’ Copaque yang berminat diberikan peluang untuk menonjolkan bakat nyayian yang selama ini terpendam dengan menyertai pertandingan ini, Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang. Dan tidak dilupakan juga, malam itu kita turut mengadakan makan malam bertemakan “Chinese New Year” sempena sambutan CNY. Mereka yang berpakaian mengikut tema juga mendapat hadiah yang menarik. Pada malam itu juga, kita turut mengadakan aktiviti cabutan bertuah yang menyediakan hadiah yang sangat menarik dan luar biasa pada mereka yang bertuah!
Hari ketiga, Squid Game di Pantai Kerachut;
Aktiviti team building yang merupakan satu aktiviti wajib sepanjang company trip berlangsung. Di mana warga kerja Les’Copaque dipecahkan ke beberapa kumpulan kecil, setiap kumpulan harus menjadi kreatif dalam memberikan nama, mencipta logo, membuat baju, bendera dan juga laungan ‘War Cry’ kumpulan masing-masing. Pada kali ini, untuk aktiviti team building kami telah dibawa ke sebuah pantai iaitu, Pantai Kerachut yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bot, tema permainan kami adalah Squid Game! (insert footage games). Kumpulan yang berjaya mendapat markah tertinggi sepanjang aktiviti berlangsung, dikira sebagai pemenang! Hadiah yang menarik juga menanti mereka yang mendapat, “Best Team Award”, “Best War Cry” dan “Best Team Logo”.
Pada sebelah malam pula, buat julung-julung kalinya aktiviti “Gift Exchange” dijalankan, di mana sebelum company trip berlangsung, setiap orang mendapat nama yang terdiri dari rakan sekerja. Mereka perlu rahsiakan dan membeli hadiah yang bersesuaian. Aktiviti ini boleh melihat sejauh mana masing-masing mengenali rakan sekerja. Pada malam itu juga, dua anugerah iaitu “Employee of the Year 2021” dan “Raising Star” juga turut disampaikan kepada mereka yang layak.
Hari keempat, perjalanan pulang ke Shah Alam;
Setelah 4 hari 3 malam berkampung di Pulau Pinang, dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokan, akhirnya tiba masa untuk pulang ke Shah Alam dengan semangat yang baru, semangat yang berkobar-kobar untuk kembali bekerja. Seperti mana kata-kata hikmah dari pengarah Urusan Les’ Copaque iaitu Uncle, “Company trip diadakan bagi memupukkan semangat kerjasama, setia kawan di antara pekerja-pekerja kita untuk kenal satu sama lain dan boleh kerja secara berpasukan,” dengan keyword “We Can Do Better Than Others”. Kesimpulannya, semoga Les’ Copaque terus mencipta kejayaan demi kejayaan yang luar biasa dengan hasil usaha kerja berpasukan yang luar biasa diterapkan oleh setiap warga kerja Les’ Copaque! Les’ Copaque power!
139,579 total views, 0 views today