Awards

Anugerah Les’ Copaque Production tahun 2020

By 29th January 2021 No Comments

Pada tahun 2020 yang lepas, pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh kebanyakkan syarikat akibat dari pandemik COVID-19. Namun begitu disebalik rintangan tersebut Les’ Copaque Production terus unggul menerima anugerah baik dari dalam mahupun luar negara. Les’ Copaque Production merupakan satu-satunya syarikat produksi animasi tempatan yang diiktiraf diperingkat antarabangsa dan sering menerima anugerah setiap tahun. Sehingga pada tahun lalu, Les’ Copaque Production sudah menerima 77 anugerah secara keseluruhan.

Berikut adalah anugerah yang diterima oleh Les’ Copaque Production sepanjang tahun 2020.

1. YouTube Diamond Play Button 10 Million Subscribers

YouTube Diamond Play Button merupakan pengiktirafan dari YouTube sendiri bagi pencapaian 10 juta subscriber di YouTube Channel Les’ Copaque Production. Kejayaan ini diraih pada bulan Jun 2020 dan menjadi saluran YouTube pertama di Malaysia yang menerima Diamond Play Button ini. Pihak YouTube Malaysia sendiri datang ke studio Les’ Copaque untuk menyampai sendiri Diamond Play Button tersebut.

YouTube Malaysia turut berbangga di atas kejayaan ini dan menjadi wakil Malaysia pertama menerima anugerah yang luar biasa ini.

2. Malaysia Book of Records 2020

Sebaik sahaja selepas kejayaan menerima YouTube Diamond Play Button, Les’ Copaque Production diiktitraf oleh Malaysia Book of Records pula bagi kejayaan tersebut. Malaysia Book of Records mengesahkan Les’ Copaque Production merupakan saluran YouTube Channel pertama di Malaysia yang menerima YouTube Diamond Play Button. Pengiktirafan ini amat bermakna sebagai penyunting semangat bagi mengejar ke peringkat yang seterusnya pula.

Ini merupakan anugerah yang ke 4 dari Malaysia Book of Records yang diterima oleh Les ‘ Copaque Production

3. Mom & Kids Award 2020 – Series Animation Kesayangan, MNCTV Indonesia

Anugerah Mom & Kids Awards merupakan anugerah yang diterima oleh Les’ Copaque Production setiap tahun. Ianya merupakan pengiktirafan bagi animasi Upin & Ipin yang sangat popular di Indonesia dan disiarkan melalui MNCTV. Pada tahun 2020, Upin & Ipin memenangi anugerah bagi kategori “Series Animation Kesayangan”.

Oleh kerana pandemik COVID-19 dan pihak Les’ Copaque Production tidak dapat ke Jakarta, jadi upacara penyampaian anugerah dilakukan secara maya dan disiarkan secara langsung. Asyiela Putri iaitu pelakon suara Upin & Ipin menerima anugerah tersebut dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberikan sokongan. Ini merupakan anugerah ke 6 yang diterima dari Mom & Kids Awards MNCTV.

 4. Anugerah Penyiaran Ramah Anak KPI, Indonesia

Selain anugerah Mom & Kids Awards, satu lagi anugerah diterima dari Indonesia adalah Anugerah Penyiaran Ramah Anak KPI. KPI adalah Komisi Penyiaran Indonesia iaitu satu badan kerajaan yang mengiktiraf stesen TV di Indonesia di atas kualiti penyiaran dan program yang disiarkan. Pada tahun 2020, MNCTV telah menerima satu-satunya anugerah dari KPI iaitu bagi kategori “Program Animasi Asing – Upin & Ipin“.

5. Made For The World Excellence Award 2020

Les’ Copaque Production telah menerima anugerah Made For The World Excellence Award pada bulan November. Pengiktirafan ini diberikan di atas kejayaan Les’ Copaque Production menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa dan berjaya mengharumkan nama negara meskipun dicabar dengan pandemik COVID-19. Les’ Copaque Production diiktiraf sebagai salah satu syarikat terbaik di Malaysia.

6. Best Manager of the Year – Europe Business Assembly Oxford UK

Anugerah Best Manager of The Year pula adalah anugerah kepada Tuan Haji Burhanuddin di atas kejayaan beliau membawa nama Les’ Copaque Production di mata dunia. Pengiktirafan ini merupakan anugerah antarabangsa yang diberi oleh Europe Business Assembly Oxford United Kingdom. Tentunya ini adalah salah satu pencapaian luar biasa dan bermakna pada tahun 2020.

 

266,469 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan