Cerita viral minggu ini adalah tentang lagu “Aiya Susanti” yang sedang trending sekarang di TikTok. Pada asalnya lagu ini telah dinyanyikan semula oleh peminat Upin & Ipin di Indonesia yang sedang bermain-main di dalam kelas sehingga mendapat lebih dari 40 juta views.
@babangmorales Comelnyeeee #smandas #ips ♬ suara asli – morales.
Kemudiannya lagu Aiya Susanti terus menjadi trending apabila lagu ini di remix dan diguna pakai oleh pengguna media sosial di TikTok.
@derixmail Membalas @Thomas shelby here we go!! #drxml #remix #meimeisusanti ♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX – DRXML
Tetapi tahukah anda, lagu ini asalnya adalah dari filem P.Ramlee bertajuk Ali Baba Bujang Lapok yang diterbitkan pada tahun 1961. Lagu ini pada awalnya bertajuk, (Apek & Marjiana) Aiya Cik Siti telah diadaptasi semula ke dalam siri Upin & Ipin Musim 6 Kenangan Mengusik Jiwa dengan lirik dan tajuk yang berbeza iaitu Aiya Susanti.
Lirik Lagu Aiya Susanti
Aiya Susanti, perempuan banyak muda
Ana banyak susah, jalan tutup mata
Uang dan ringgit ana takda hairan
Ente tutup mata, ana tak tentu jalan
Marilah Mei Mei, oi mari sayang
Ikutlah ana, Mei Mei jangan bimbang
Marilah jalan, ente cepatlah cepat
Awas hei longkang, oi kaki melompat
Mei Mei jaga depan ada longkang (mana)
Lompat (Aiya)
Lompat (Aiya)
Lompat Mei,
Lompat (Haiya)
Lagu Aiya Susanti menjadi trending secara tiba-tiba di media sosial gara-gara perkongsian semula oleh peminat Upin & Ipin. Nampaknya ramai yang suka dengan lagu ini kerana liriknya yang ringkas dan menghiburkan.
37,237 total views, 0 views today