Media

Karnival Upin & Ipin Sempena Tahun Melawat Melaka 2019

By 19th November 2019 No Comments

Les’ Copaque Production dengan sokongan Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Karnival Upin & Ipin 2019, sempena tahun melawat Melaka. Ia akan berlangsung selama 3 hari pada 29 November hingga 1 Disember 2019 bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Karnival keluarga terbesar ini dibawakan oleh penaja emas, Risda dengan kerjasama Ultron sebagai penaja pakaian rasmi dan Astro sebagai rakan media. Ini merupakan kali pertama ia diadakan di Melaka dan menyasarkan lebih 100 000 pengunjung. Pengumuman karnival ini telah dilakukan oleh  YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis, EXCO Pelancongan Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka bersama En. Burhanuddin Bin Md. Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.

Antara tarikan utama adalah Dewan Inderaloka yang merupakan Kerajaan Fantasi di dalam filem pecah panggung “Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal”. Pengunjung boleh mengalami sendiri pengembaraan Upin, Ipin, dan kawan-kawan di Pelabuhan Megah dan Pulau Angan Makanan. Karakter-karakter dongeng seperti Mat Jenin, Raja Bersiong dan Nakhoda Ragam akan turut berada di dewan ini.

Pentas utama pula sudah pasti menjanjikan persembahan luar biasa bertemakan siri-siri fenomena keluaran Les’ Copaque Production seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, dan Puteri. Ia juga menjanjikan kemunculan lebih 20 maskot, menjadikannya karnival dengan himpunan maskot terbesar di Malaysia. Pengunjung juga boleh mengunjungi Rumah Opah dan bertemu dengan dinasour Bro yang jinak. Pengunjung yang berani boleh cuba meneroka Rumah Usang Nenek Kebayan. Terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik seperti Hutan Rimba, Kapal Angkasa Dadudido, Rumah Ehsan, dan tempat menjamu selera di tapak “Food Truck”.

Bersempena dengan Karnival Upin & Ipin juga acara larian “Upin & Ipin Fun Run” akan diadakan serentak pada 30 November 2019, bermula jam 7.00 pagi. Setiap peserta akan mendapat medal, beg jerut dengan hadiah istimewa Upin & Ipin. Larian ini disemarakkan oleh Nestle dengan hidangan “breakfast cereal” dan maggi. Para peserta juga akan mendapat minuman Alla Fonte air mineral semulajadi untuk menghilangkan dahaga sepanjang larian tajaan MOFAZ.

Untuk mendapatkan tiket Karnival Upin & Ipin 2019 sila layari laman web http://karnivalupinipin.com/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Mohd Zarin Abdul Karim (012-2399327) zarin@lescopaque.com
Nurulhuda Binti Datuk Sharabuddin (0123880571) nurulhuda@lescopaque.com

10,999 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply