Alexithymia.
Nak sebut pun susah kan? Semacam mana susah nak disebut, lebih susah lagi untuk sesiapa yang mempunyai alexithymia ini untuk mengenal pasti dan menunjukkan emosi mereka.
Seorang ahli psikiatri dan professor emeritus di Harvard, Peter Sifneos, pernah menerangkan dari mana asal usul nama alexithymia ni sekitar awal 1970. Asal-usulnya daripada bahasa Yunani; ‘a’ bermakna kekurangan, ‘lexis’ bermakna perkataan, dan ‘thymos’ bermakna emosi – apabila digabungkan, ia membawa maksud mempunyai kekurangan perkataan untuk emosi.
Kalau daripada sisi ilmiahnya, pengkaji menghuraikan alexithymia sebagai keadaan di mana ada kepayahan untuk melalui, mengenal pasti dan menunjukkan emosi. Setakat ni, pakar kesihatan tak klasifikasikan dia sebagai masalah mental walaupun ia memang berkemungkinan akan dihadapi seiring dengan isu kesihatan mental lain.
Kebiasaannya, alexithymia ni datang bersama isu kesihatan mental yang lain seperti kemurungan. Nak cakap sikit yang menghadapinya tak jugak, ada kajian yang menyatakan hampir 13% populasi mempunyai alexithymia. Tak cukup dengan itu, penghidap alexithymia mempunyai masalah untuk mengekalkan hubungan yang sihat dan menyertai apa-apa majlis sosial.
Penghidap alexithymia ni mempunyai masalah untuk menilai atau meniliti proses emosi mereka, mengalami kekeliruan berhubung sensasi tubuh yang berkait dengan emosi dan mempunyai kepayahan untuk berkomunikasi perihal emosi mereka kepada orang lain.
Babak dari telefilem : Jiwa Tanpa JiwaBabak dari telefilem : Jiwa Tanpa Jiwa
Tambah lagi, alexithymia ni buatkan mereka payah nak kenal pasti dan balas balik emosi orang lain. Disebabkan ni lah, penghidap akan melalui kepayahan dalam situasi sosial dan hubungan yang rapat.
Antara tanda-tanda dan simptom alexithymia adalah:
- Skil mengatasi tekanan yang lemah.
- Tidak mengutamakan orang lain.
- Tidak mampu berjenaka, kaku dan dingin.
- Kepuasan hidup yang rendah.
- Kepayahan untuk mengenal pasti perasaan dan emosi.
- Masalah untuk membezakan antara emosi dan sensasi tubuh yang berkait dengan emosi.
- Kemampuan terbatas untuk bercakap tentang perasaan kepada orang lain.
- Kepayahan mengenal pasti dan membalas emosi orang lain.
- Kekurangan fantasi dan imaginasi.
- Cara pemikiran logikal dan keras yang tidak mengambil kira emosi.
Jadi apa punca alexithymia ni? Setakat ini, pakar dapat kenal pasti beberapa faktor yang mungkin jadi penyumbang:
- Kecederaan otak. Sebuah lagi kajian mendapati yang individu yang mengalami kecederaan di bahagian otak yang digelar anterior insula turut mengalami kecenderungan tinggi untuk menghidap alexithymia.
- Sebuah kajian ke atas kembar mendapati genetik mungkin mempengaruhi kecenderungan ini. Seseorang lebih berkemungkinan tinggi menghidap alexithymia jika ada saudara terdekat mengalaminya juga.
- Faktor persekitaran. Kajian sama turut mendapati faktor persekitaran memainkan peranan. Sebagai contoh, sejarah trauma sewaktu kanak-kanak, mempunyai isu fizikal atau mental, atau faktor sosioekonomi.
Sekarang dah tahu punca-puncanya, maka siapa yang berisiko tinggi untuk menghadapi alexithymia?
- Satu kajian mendapati hampir dua kali ganda lelaki lebih kerap menghadapi alexithymia daripada perempuan.
- Umur yang meningkat.
- Tahap pendidikan rendah.
- Status sosioekonomi rendah.
- Kecerdasan emosi rendah.
Kesimpulannya, alexithymia bukanlah sebuah penyakit berdiri sendiri, tapi satu keadaan di mana seseorang mempunyai kepayahan untuk mengenal pasti dan menjelaskan emosi. Penghidap alexithymia melalui kepayahan untuk mengenal dan berbicara tentang emosi mereka, dan mereka juga turut mengalami kesusahan untuk mengenal dan memberi tindak balas ke atas emosi orang lain.
Nak tahu bagaimana penghidap alexithymia menjalani kehidupan mereka dan menjalinkan hubungan? Nantikan telemovie Jiwa Tanpa Jiwa hasil produksi LC Film dan Les Copaque Production yang bakal ditayangkan di TV2 RTM!
42,688 total views, 0 views today