Buat yang belum tahu lagi, pengarah filem DONGENG SANG KANCIL, Ahmad Razuri Roseli merupakan Alumni UniKL MIIT. Semasa tayangan khas bersama Alumni UniKL filem Dongeng Sang Kancil pada 9 Januari yang lalu, Ahmad Razuri sempat berkongsi kata-kata semangat kepada para pelajar UniKL. Menurut beliau, dulu dia bukanlah pelajar terbaik, tetapi beliau tidak berputus asa mencuba.
“I was not the best student, but I have perseverance” – Director of Dongeng Sang Kancil!
Ahmad Razuri memulakan karier di Les’ Copaque Production sebagai seorang pelajar intern dan dari masa ke masa karier beliau terus berkembang serta pelbagai tanggung jawab yang lebih besar mula digalas oleh beliau. Kejayaan terbesar beliau adalah apabila menjadi salah seorang pengarah filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal dan kini beliau telah berkhidmat di Les’ Copaque Production hampir 18 tahun dan menjadi salah seorang dari Creative Director di Les’ Copaque Production. Tahniah diucapkan!
Baca artikel penuh di : https://xpress.unikl.edu.my/lescopaquealumniunikl/
1,401 total views, 0 views today