YouTube

[Video] “Hang Pi Mana?” Hampiri 4 JUTA View Dalam 2 Minggu

By 6th February 2017 No Comments

Video Muzik terkini yang dimuat naik di saluran YouTube Les’ Copaque 2 minggu yang lalu terus mendapat tontonan yang tinggi iaitu mencecah 4 juta view. Video Muzik lagu “Hang Pi Mana?” merupakan kolaborasi bersama penyanyi asal Khalifah dan syarikat rakaman MVM di dalam menghasilkan versi unik lagu tersebut. Hang Pi Mana yang di dalam bahasa Utara yang bermaksud “Kamu mahu ke mana” juga mendapat perhatian peminat Upin & Ipin di Indonesia yang tertarik dengan loghat Utara yang diketengahkan di dalam lagu ini.

Sebelum ni, lagu Upin & Ipin yang menggunakan loghat Utara iaitu Boria Suka-Suka juga mendapat sambutan luar biasa dari peminat di Indonesia. Jumlah tontonan video muzik  Boria Suka-Suka melebihi 17 juta di saluran YouTube Les’ Copaque Production. Lagu Boria Suka-Suka juga pernah dicalonkan di MNCTV Mom & Kids Awards 2016 di Indonesia.

2,124 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply