Announcement

Upin & Ipin Musim 11 – Azam Puasa

By 19th May 2017 No Comments

Nampaknya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menjalani ibadah puasa. InsyaAllah harap-harap tahun ni kita akan berpuasa dengan penuh keikhlasan dan azam baru agar puasa kita diterima. Bercakap pasal “Azam”, episod Ramadhan Upin & Ipin kali ni adalah berkaitan dengan Azam. Kalau nak tau, apakah Azam Upin dan Ipin kali ni jangan lupa saksikan episod terbaru ini pada:

Tarikh : 27 Mei 2017
Tajuk : Azam Puasa
Masa : 4.30petang
Saluran : TV9

Sinopsis

Bulan puasa datang lagi. Upin dan Ipin bercadang untuk berazam sesuatu di bulan puasa kali ini selepas dengar Ros punyai azam. Upin dan Ipin ajak kawan-kawan lain berazam sama di bulan puasa ini. Dalam pada itu, pelbagai perkara yang tidak dijangka terjadi. Upin, Ipin dan kawan-kawan juga melakukan pelbagai perkara sepanjang bulan puasa yang dapat meningkatkan pahala mereka. Apakah azam Upin, Ipin, kawan-kawan dan Ros? Apa pula perkara yang tidak dijangka itu? Saksikan semuanya dalam episod ‘Puasa’.

p/s : Teman-teman di Indonesia juga akan bisa nonton episod ini tapi pada waktu yang berbeda. Nantikan pengumuman di MNCTV

 

18,194 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply