Announcement

Upin & Ipin Store Berada di Ampang

By 3rd October 2017 No Comments

Ada tak yang tahu di manakah cawangan Upin Ipin Store yang baru telah dibuka? Kalau ada yang jawab Ampang, maka “Betul, Betul,Betul lah jawapannya!”. Untuk pengetahuan semua, pada hari Ahad ( 1 Oktober 2017 ) yang lalu, salah sebuah anak syarikat kepada Les’ Copaque Production Sdn Bhd iaitu Les’ Copaque Merchandising Sdn Bhd (LCM) telah dengan rasminya membuka sebuah lagi cawangan Upin Ipin Store yang baru beralamat di:

Upin Ipin Store,
No 31-M (GF), Jalan Mamanda 7,
Taman Dato’ Ahmad Razali,
68000 Ampang Selangor.

Acara memotong reben sebagai simbolik perasmian Upin Ipin Store cawangan Ampang

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Haji Burhanuddin Md Radzi selaku Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. Pelbagai aktiviti yang menarik juga telah diadakan pada hari tersebut antaranya pertandingan mewarna dan kuiz bersama Upin & Ipin. Selain itu, pihak LC Merchandising juga telah menyediakan pelbagai hadiah istimewa untuk diberikan kepada para pengunjung yang terawal mengunjungi Upin Ipin Store, Ampang pada hari tersebut.

Susun atur dan dekorasi di dalam Upin Ipin Store, Ampang

Upin Ipin Store sentiasa menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan

Suasana majlis bertambah meriah dengan adanya penampilan maskot animasi Upin & Ipin bersama-sama maskot Mamee yang menjadi penaja majlis pada hari tersebut. Para pengunjung turut tidak melepaskan peluang dan berasa amat teruja untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin dan Mamee. Majlis pada hari itu berakhir pada jam 3 petang dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penampilan Upin & Ipin sebagai acara penutupan majlis.

Upin & Ipin menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Upin Ipin Store

Suasana sepanjang majlis pembukaan cawangan baru Upin Ipin Store di Ampang

Untuk kawan-kawan yang masih belum pernah berkunjung ke mana-mana cawangan Upin Ipin Store, jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana pelbagai tawaran istimewa telah tersedia khas untuk anda. Tawaran ini bermula dari 1 Oktober 2017 sehingga 10 Oktober 2017 hanya di Upin Ipin Store cawangan Ampang. Selamat berbelanja !

7,752 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply