Announcement

Upin & Ipin Menang Mom and Kids Award buat kali ke-4

By 9th August 2018 No Comments

Alhamdulillah, kunjungan Upin dan Ipin bersama pelakon suara Asyiela Putri ke Jakarta kali ini tidak sia-sia apabila membawa kemenangan kali ke 4 berturut-turut di Anugerah Mom and Kids Award 2018. Anugerah bagi kategori “Kartun Kesayangan” yang berjaya diraih ini merupakan hasil dari undian oleh peminat Upin dan Ipin di Indonesia yang dianjurkan oleh MNCTV. Dengan kemenangan ini jelas terbukti, animasi Upin & Ipin masih menjadi animasi paling popular dan menjadi kartun kesayangan oleh peminat-peminat di Indonesia. Menurut MNCTV, rating penonton animasi Upin & Ipin juga amat baik dan ditayangkan 2 kali sehari.

Asyiela Putri yang bukan kali pertama muncul MNCTV disambut begitu meriah sekali lebih-lebih lagi ramai yang teruja apabila dia membuat suara Upin dan Ipin.

Sungguh di malam Anugerah Mom & Kids Award 2018 sungguh meriah dengan persembahan oleh artis-artis terkenal Indonesia. Asyiela Putri juga turut membuat persembahan bersama maskot Upin dan Ipin dengan lagu medley seperti Sahabat Selamanya, Luar Biasa dan Gembira Bermain. Saat Upin dan Ipin diumumkan sebagai pemenang peminat Upin & Ipin di Malaysia juga dimaklumkan melalui laman Facebook Upin & Ipin. Di dalam ucapan Asyiela Putri, dia mengucapkan terima kasih kepada semua peminat Upin & Ipin di Indonesia dan menyayangi semua peminat kerana sentiasa menyokong animasi Upin & Ipin.

Terima kasih juga kepada MNCTV kerana memberi peluang kepada Upin & Ipin menjayakan program Mom & Kids Award 2018 ini. Jumpa lagi teman-teman semua diacara yang akan datang!

4,957 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply