Event

University Talk : Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau

By 13th February 2019 No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog LCPress. Nampaknya kurang dari 50 hari sahaja lagi filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Sementara menantikan kemeriahan tayangan filem ini pawagam nanti, Les’ Copaque Production mengadakan beberapa lawatan ke universiti dan kolej tempatan bagi berkongsi dengan pelajar-pelajar tentang cara pembikinan filem ini. Lokasi yang pertama adalah di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Rembau, Negeri Sembilan.

Pelajar-pelajar ini sangat bertuah kerana salah seorang pengarah filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal sendiri Adam Amiruddin yang turun padang dan berkongsi pengalaman sendiri ketika menghasilkan filem ini.

Selepas lebih dari 1 jam sesi perkongsian bersama pelajar-pelajar KKTM ini, Les’ Copaque Production turut memberi poster filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal kepada pihak KKTM sebagai tanda kenangan dan penghargaan.

Terima kasih kepada KKTM terutama sekali kepada pelajar-pelajar yang begitu teruja mendengar perkongsian dari pengarah Adam Amiruddin. Sama-sama kita semua serbu panggung wayang pada 21 Mac ini untuk menonton filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal!

6,701 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply