Awards

The One Awards 2018

By 21st March 2018 No Comments

Pada 14 Mac 2018 yang lalu, Les’ Copaque Production telah menerima pengiktirafan dari majlis anugerah Malaysia Outstanding National Entrepreneurs (The ONE Awards 2018) bagi kategori Special Talent Entrepreneur. Ini merupakan anugerah ke 2 yang diterima pada tahun ini dan ianya merupakan pencapaian yang membanggakan lebih-lebih lagi anugerah ini disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis yang gilang gemilang  ini telah diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh tetamu-tetamu khas yang terdiri dari para usahawan, selebriti dan lain-lain. Pada malam tersebut Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production hadir bersama Hajah Ainon Ariff serta beberapa orang kakitangan Les’ Copaque Production yang turut  memeriahkan majlis tersebut.

Pada malam tersebut masing-masing hadir dengan berpakaian suit dan dress kerana temanya adalah tema Black Tie. Tak sangka mereka nampak sungguh kacak dan cantik serta bergaya pada malam tersebut. Kebiasaannya kalau di office mereka hanya akan memakai tshirt dan berseluar jeans, tapi sekali sekala dapatlah juga melihat mereka berpakaian kemas dan segak. 

Diibaratkan seumpama malam Oscar, The ONE Awards 2018 ini merupakan platform pengiktirafan bagi usahawan-usahawan tempatan yang telah berjaya dan mengharumkan nama Malaysia dalam bidang masing-masing. Les’ Copaque Production telah dipilih sebagai pemenang anugerah Special Talent Entrepreneur di atas kejayaan Tuan Haji Burhanuddin mengemudi syarikat Les’ Copaque Production dan membawa animasi tempatan ke peringkat yang tertinggi sehingga terkenal di rantau Asia Tenggara. Pencapaian ini merupakan rekod paling cemerlang dan luar biasa yang tidak mudah diraih tanpa pengalaman dalam perancangan dan pengurusan sesebuah syarikat.

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menyampaikan anugerah ini kepada Les’ Copaque Production dan terima kasih juga kepada semua peminat yang sentiasa menyokong animasi terbitan Les’ Copaque Production. Nantikan filem terbaru Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia tak lama lagi.

5,482 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply