Announcement

Permainan DaDuDiDo Sports untuk iOS dan Android

By 3rd May 2017 No Comments

Les’ Copaque Games and Development Inc. (LCGDI) iaitu anak syarikat Les’ Copaque Production menerbitkan aplikasi terbaru iaitu permainan “DaDuDiDo Sports” yang menampilkan watak-watak comel dari animasi pendek DaDuDiDo yang terkenal melalui saluran YouTube Les’ Copaque Production. Watak Da, Du, Di dan Do merupakan inspirasi dari elemen seperti api, angin, air dan tanah dan siri animasi ini telah mula dilancarkan pada Mei 2014. Permainan ini membolehkan pemain memilih salah satu watak kegemaran mereka dan bertanding di dalam pertandingan sukan seperti lumba lari, berenang, memanah serta lompat jauh.


Pemain akan diuji menggunakan kecekapan jari dan perancangan masa bagi memenangi sesuatu aktiviti sukan di dalam “DaDuDiDo Sports”.  Pemain juga boleh menambah aksesori tambahan pada watak mereka dengan menggunakan syiling yang diperolehi selepas memenangi setiap peringkat permainan. Permainan “DaDuDiDo Sports” ini selain menguji ketangkasan dan minda pemain, ianya juga sangat menghiburkan dengan aksi dan telatah watak-watak Da,Du, Di dan Do. Walaupun sedang bermain, ianya seakan-akan sedang menonton siri pendek DaDuDiDo.

Permainan “DaDuDiDo Sports” ini sudah boleh mula dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple Store.  Bersempena dengan aplikasi permainan ini juga, episod musim baru DaDuDiDo Musim ke-4 telah mula ditayangkan di YouTube Channel Les’ Copaque bermula pada 1 Mei yang lalu. DaDuDiDo Sports akan juga dikemas kini dengan lebih banyak sukan mini sepanjang bulan Mei ini.

Muat Turun :
iOS : https://goo.gl/zrnPBT
Android : https://goo.gl/TgI9am

2,218 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply