Visit

Lawatan Pelajar UiTM ke Studio Les’ Copaque Production

By 23rd April 2018 No Comments

Setiap hari sebenarnya Les’ Copaque Production menerima banyak permohonan lawatan pelajar baik dari Institusi Pengajian Tinggi tempatan mahupun luar negara. Tetapi oleh kerana jadual produksi yang padat setiap hari, kami terpaksa memilih permohonan yang betul-betul bersesuaian dengan skop pembelajaran dan kursus yang diambil oleh pelajar. Baru-baru ini seramai 40 pelajar UiTM dari Fakulti Teater, Filem & Animasi berpeluang melawat studio Les’ Copaque Production yang terletak di seksyen 13, Shah Alam. Pelajar jurusan penulisan skrip dan animasi ini merupakan pelajar tahun 1 dan perlu melakukan lawatan sambil belajar bagi melengkap salah satu subjek semester mereka.

Pada kebiasaanya lawatan pelajar sebegini akan diuruskan oleh pihak pengurusan tetapi kali ini, ianya diuruskan sendiri oleh Tuan Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production. Beliau berkongsi pelbagai pengalaman dari awal penubuhan syarikat, strategi pemasaran dan bagaimana untuk menjayakan sesuatu produk animasi. Penglibatan Tuan Haji dalam penghasilan animasi di Les’ Copaque bukan sahaja terbatas dari sudut pemasaran tetapi beliau juga terlibat secara kreatif dari peringkat idea dan pengolahan jalan cerita bersama Hajah Ainon. Sesi berkongsian bersama Tuan Haji Burhanuddin merupakan salah satu sesi yang berharga kerana jarang-jarang beliau dapat membahagi masa beliau untuk sesi seperti ini bersama pelajar.

Pelajar-pelajar kemudiannya dibawa ke bahagian produksi bagi memberi peluang untuk melihat sendiri secara lebih dekat cara-cara animasi 3D dihasilkan. Wakil dari setiap department  produksi menerangkan apakah rutin harian mereka dan apakah proses yang diambil bagi melengkapkan sesuatu proses. Banyak sebenarnya langkah-langkah yang harus diambil sebelum berjaya melengkapkan animasi yang berdurasi 7 minit di kaca TV.

Salah satu kekuatan pada animasi terbitan Les’ Copaque Production adalah pada penekanan jalan cerita dan skripnya. Walaupun nampak mudah, tetapi pihak produksi memberi penekanan khusus kepada fasa penulisan skrip bagi memastikan animasi yang dihasilkan berjaya menarik minat dan memberi kesan kepada emosi penonton. Begitulah sedikit sebanyak mesej yang ingin disampaikan oleh department “Skrip” bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh pelajar-pelajar ini.


Diharapkan dengan perkongsian terus dari tenaga dibelakang tabir ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Fakulti Teater, Filem & Animasi. Walaupun baru memulakan pengajian di tahun 1, ilmu dan pengalamaan berharga ini jadikanlah sebagai pendorong dan penyunting semangat untuk belajar di dalam bidang filem dan animasi. Mana tahu satu hari nanti, mereka ini bakal mengharumkan nama negara dengar karya kreatif dari mereka pula.

Kami mengalukan pelajar-pelajar lain yang juga ingin mengadakan lawatan ke Les’ Copaque Production. Hantarkan emel ke visit@lescopaque.com beserta surat rasmi dari Institusi Pengajian, nama kursus serta tarikh lawatan. Pastikan permohonan tersebut dilakukan sekurang-kurangnya 1-2 bulan lebih awal bagi memberikan ruang kepada pihak pengurusan untuk memproses permohonan tersebut.

7,391 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply