Event

Karnival Upin & Ipin 2017

By 16th November 2017 No Comments

Hi kawan-kawan, hari ni ada satu berita gembira untuk dikongsi. Siapa kat sini minat dengan watak animasi nombor satu negara iaitu Upin dan Ipin? Yang pasti mesti ramai kan dan tidak sabar nak dengar berita gembira ni. KARNIVAL UPIN & IPIN SUDAH KEMBALI!!! Tak percaya??? Betul, ni memang betul, betul, betul! Sudah pasti semua peminat Upin dan Ipin tertunggu-tunggu Karnival ni kan? Penantian peminat selama ni, akhirnya terjawab. Karnival Upin dan Ipin Luar Biasa akan berlangsung pada 24 hingga 26 November 2017, selama tiga hari berturut-turut di Maeps, Serdang. Jam 10.00 pagi sehingga 10.00 Malam. Hanya beberapa hari je lagi tau!


Dengar kata Karnival kali ini akan ada pelbagai aktiviti yang menarik dan dapat menghiburkan semua peminat Upin dan Ipin yang selama ini tidak putus-putus menyokong Upin dan Upin, yang sentiasa jadikan Upin dan Ipin kartun Animasi terhebat di Malaysia. Jadi disebabkan itu, ingin saya kongsikan beberapa maklumat yang berguna kepada semua peminat Upin dan Ipin tentang Karnival yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Peminat Upin dan Ipin juga jangan lupa ya, berkongsi dengan rakan yang lain, supaya semua orang dapat manfaat yang sama. Karnival pada kali ini terdiri dari dua dewan besar iaitu Dewan A dan Dewan C. Kedua-dua dewan ini mempunyai pertunjukkan, aktiviti dan tarikan yang berbeza tau. Jadi kenalah masuk dua-dua!

Di sini kami ingin kongsikan sedikit sebanyak yang boleh disaksikan atau alami sendiri keseronokan ketika berada di Dewan A ianya seperti ada penampilan Aris dan Ara watak dari siri animasi Pada Zaman Dahulu, berjumpa dengan Lima Puteri Limau dari kerajaan Limau dan yang paling seronok dapat jumpa dengan dua orang kembar yang seiras iaitu Upin dan Ipin serta penampilan istimewa Ultraman Ribut! Seronokkan? Sudah pasti ramai yang tidak sabar. Tunggu, ada lagi banyak perkara yang menarik.

Di dewan ini juga dapat rasai pengalaman yang luar biasa, seperti meneroka ke empat pulau istimewa, iaitu pulau ‘Upin & Ipin’ kawan-kawan dapat mengambil gambar di mural 3D yang berwarna warni dan cantik, jadi sekiranya hendak gambar yang menarik dan cantik kena pastikan posisi hendaklah betul. Manakala di pulau ‘Pada Zaman Dahulu’ kawan-kawan boleh menguji kreativiti dengan melipat kertas origami Sang Kancil dan merasai pengalaman berjumpa penghuni hutan di Jungle Maze. Di pulau ‘DaDuDiDo’ pula kawan-kawan boleh membuat bot kertas sendiri dengan mengunakan daya kreativiti tersendiri dan berlumba di satu laluan air yang sangat mencabar. Mereka yang menang sudah pasti akan mendapat ganjaran yang menarik. Pulau seterusnya pulau ‘Puteri’ di mana kawan-kawan boleh menjadi puteri yang sebenar dengan memakai gaun puteri yang cantik, dihiasi tiara, lukisan muka dan juga gambar polaroid serta kawan-kawan turut berpeluang membuat aksesori yang cantik.


Kawan-kawan yang suka bermain dengan Video games pasti akan seronok dapat bermain dengan dua video games baru yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Games Development Inc. (LCGDI) secara esklusif. Ini kerana dua video games baru ini belum lagi dimuat turun di mana-mana aplikasi ataupun terdapat di mana-mana tempat lain, kawan-kawan menjadi orang pertama yang dapat bermain. Jadi nak rasainya, kawan-kawan kena datang ke karnival Upin dan Ipin Luar Biasa!!!. Selain itu kawan-kawan juga boleh dapatkan secara ekslusif barangan original yang menampilkan watak-watak kegemaran kawan-kawan di Upin & Ipin Store dan jangan lupa singgah di Kedai Makan Upin & Ipin untuk menikmati minuman dan makanan yang sedap lagi lazat sebelum meneruskan keseronokan kawan-kawan di dewan seterusnya.

Berita baik kepada kawan-kawan yang minat dunia animasi, sudah pasti tidak sabar berkunjung ke studio Les’Copaque yang ada di dewan C untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman proses sesuatu produksi animasi berjalan. Di Dewan C juga kawan-kawan boleh berpeluang merasai pengalaman menjadi pelakon suara dengan merakam suara mengikut watak yang diminati serta juga terdapat sesi soal dan jawab bersama Kak Ros. Jadi jangan lupa sediakan soalan tau! Nanti Kak Ros boleh jawab.

Setelah itu, kita juga dapat merasai pengalaman ke dunia Upin dan Upin dengan melangkah masuk ke set ‘Alam Dino’, ‘Magik Pin Pin Pom’, ‘Ultraman Ribut’ dan juga ‘Tadika Mesra’. Bukan itu sahaja, kawan-kawan juga berpeluang masuk ke rumah Opah yang seperti dalam siri Upin dan Ipin, kawan-kawan boleh melihat dimana tempat Upin dan Ipin buat kerja sekolah, tengok TV, bilik Upin dan Ipin, tempat mereka makan dan macam-macam lagi. Semua pengalaman ini membuatkan kawan-kawan turut rasa ingin tinggal bersama dengan Upin dan Ipin.

Jadi tunggu apa lagi, jom datang beramai-ramai ke Karnival Upin & Ipin Luar Biasa 2017, rasai sendiri pengalaman yang pasti Luar Biasa!!! Sebarkan berita gembira ini pada kawan-kawan yang lain supaya mereka juga tahu tentang karnival ini, Upin dan Ipin Luar Biasa!!!

Sebelum berakhir, sini saya kongsikan tip untuk jadi pengunjung yang bijak, kerana sudah pasti kawan-kawan tidak masuk beratur panjang, bersesak untuk dapatkan tiket kan? Senang je, kawan-kawan boleh memilih untuk jadi yang bijak dengan dapatkan tiket awal dengan cara yang mudah, hanya klik link ini http://www.upinipinstore.com/karnival-upin-ipin-2017/ untuk dapatkan tiket secara atas talian.

Jumpa kawan-kawan di sana!!! Karnival Upin dan Ipin Luar Biasa!!!

13,917 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan