YouTube

10 Video Muzik Upin & Ipin Paling Popular

By 24th April 2018 No Comments

Animasi Upin & Ipin bukan sahaja terkenal malahan popular dengan lagu-lagu dan video muzik di dalam episodnya. Kesemua lagu-lagu ini sedap didengar dan mudah untuk dinyanyikan bersama-sama sehingga menjadi popular. Jom kita lihat senarai 10 Video Muzik Upin & Ipin yang paling popular berdasarkan jumlah tontonan di YouTube Channel Les’ Copaque Production.

 10. Pisang Goreng Ngap Ngap!

Kita mulakan dengan video muzik yang berada di tangga ke 10 iaitu lagu “Pisang Goreng Ngap Ngap”! Lagu pendek berdurasi 1 minit ini sebenarnya adalah sebahagian dari episod Upin & Ipin yang bertajuk “Pisang Goreng Ngap Ngap!”. Idea asal lagu ini adalah aktiviti rutin beberapa orang staff Les’ Copaque Production yang membeli pisang goreng setiap hari sebagai menu minum petang. Video ini berjaya mendapat sebanyak 21 Juta tontonan di YouTube Les’ Copaque.

9. Bangau Oh Bangau

Berada pada tangga ke 9 adalah lagu “Bangau Oh Bangau” yang dinyanyikan semula oleh Upin, Ipin dan kawan-kawan. Video muzik lagu ini merupakan sedutan dari episod “Belajar Sambil Main” yang mengisahkan bagaimana Cikgu Melati mengajar dengan menggunakan tablet di dalam kelas. Video lagu ini sudah mencecah sebanyak 23 Juta tontonan.

 

8. Kompang Dipalu

Video muzik lagu “Kompang Dipalu” ini merupakan sebahagian dari episod Upin & Ipin Musim 11 yang bertajuk “Kompang Dipalu”. Walaupun baru sahaja dimuat naik pada Mei 2017, tetapi video muzik lagu ini sudah berjaya berada dalam senarai 10 Video Muzik paling popular dengan tontonan sebanyak 24 Juta.

7. Terima Kasih Cikgu

Video muzik yang berada tempat ke 7 ini adalah lagu “Terima Kasih Cikgu” yang dinyanyikan oleh Upin dan Ipin sempena hari guru. Lagu Terima Kasih Cikgu ini sering menjadi lagu tema pada sambutan hari guru peringkat sekolah semenjak lagu ini diperkenalkan pada tahun 2013. Lagu Terima Kasih Cikgu masih popular sehingga kini dan setakat hari ini sudah mendapat sebanyak 33 Juta tontonan di YouTube Les’ Copaque.

 6. Pengembala dan Biri-Biri

Lagu “Pengembala dan Biri-Biri” sangat popular sehingga digunakan oleh beberapa pelajar sekolah sebagai persembahan pentas di sekolah mereka. Lagu ini berbentuk penceritaan muzikal yang mengabungkan watak pengembala yang dilakonkan oleh Jarjit dan Upin Ipin sebagai orang kampung. Lagu ini merupakan sebahagian dari episod “Cerita Kami” dari episod Upin & Ipin Musim 5 dan ini telah mendapat sebanyak 34 Juta tontonan di YouTube Les’ Copaque.

5. Boria Suka-Suka

Lagu “Boria Suka-Suka” popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Indonesia dan pernah dipersembahkan di Anugerah MNCTV Mom & Kids Awards beberapa tahun yang lalu. Rentak lagu Boria yang simple dan menghiburkan ini amat diminati di Indonesia kerana muziknya yang unik dan mempunyai mesej yang tersirat. Lagu Boria Suka-Suka ini merupakan persembahan istimewa Upin, Ipin dan kawan-kawan di dalam episod “Boria Suka-Suka” bagi tetamu khas dari UNICEF. Video ini berjaya mendapat 39 Juta tontonan semenjak ianya dimuat naik pada Jan 2014.

4. Menari & Menyanyi bersama Upin & Ipin

Video Muzik yang berada pada tempat ke 4 ini adalah kompilasi beberapa lagu popular Upin & Ipin dari persembahan Karnival Upin & Ipin 2015 yang diedit dan disesuaikan untuk tontonan di YouTube. Diantara lagu yang dipersembahkan di dalam video muzik ini adalah lagu Gembira Bermain, Cita-Citaku, Terima Kasih Cikgu dan Sahabat Selamanya. Video Muzik ini dinamakan “Menari dan Menyanyi bersama Upin & Ipin” kerana video muzik ini mengajak penonton menyanyi dan menari bersama-sama Upin dan Ipin. Video ini telah ditonton sebanyak 39 Juta tontonan semenjak ianya dimuat naik pada Feb 2016.

3. Ibu Ayam Dikejar Musang

Lagu Ibu Ayam Dikejar Musang merupakan salah satu lagu istimewa yang dihasilkan khusus untuk episod “Cip Cip Cip”. Walaupun lagu ni berdurasi 1 minit sahaja, tapi ianya cukup popular dikalangan peminat Upin & Ipin kerana lagunya yang mudah dihafal dan dinyanyikan bersama-sama. Video Muzik ini berjaya mendapat sebanyak 41 juta tontonan di YouTube Les’ Copaque Channel.

2. Hang Pi Mana

Berada pada tempat ke 2 adalah lagu Hang Pi Mana versi Upin & Ipin. Lagu asal nyanyian Khalifah Band ini dinyanyikan semula oleh watak Upin & Ipin setelah mendapat kebenaran dari syarikat rakaman mereka. Video muzik Hang Pi Mana versi Upin & Ipin berjaya mendapat tontonan sebanyak 51 Juta dan jumlah ini lebih banyak dari jumlah tontonan untuk video muzik asal nyanyian Khalifah Band.

1. Upin & Ipin Luar Biasa

Lagu Upin & Ipin Luar Biasa merupakan lagu tema bagi siri Upin & Ipin dan menjadi popular bukan sahaja di Malaysia malahan juga bagi peminat Upin & Ipin di Indonesia. Lagu Luar Biasa sangat memang sangat LUAR BIASA sehingga telah mencecah tontonan melebihi 55 juta tontonan di YouTube Les’ Copaque dalam tempoh setahun dimuat naik.

18,997 total views, 0 views today

Author Si Polan

Seorang penulis misteri di Les' Copaque Production.

More posts by Si Polan

Leave a Reply